Connect with us

Terkini

Lesen mesra Muslim diperlukan bagi kedai makan di Pulau Pinang – Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) digesa mengeluarkan lesen mesra Muslim kepada premis makanan di negeri ini bagi menjaga hak-hak pelanggan Muslim.

Wartawan TMT

Published

on

Lesen mesra Muslim diperlukan bagi kedai makan di Pulau Pinang - Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri
Foto: Terdahulu JHEAINPP sahkan kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) digesa keluarkan lesen mesra Muslim kepada premis makanan di negeri itu bagi menjaga hak-hak pelanggan Muslim.
  • “Lesen mesra Muslim itu bagi membolehkan premis makanan diurus selia dengan garis panduan yang menjaga kehormatan pelanggan Muslim,” – Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang, Dr Zaki Ibrahim
  • “Demi keselesaan orang Islam, Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang mencadangkan JHEAIPP diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mesra Muslim kepada gerai makanan dan restoran. 
  • ”Garis panduan untuk mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah lebih baik tetapi kita sedia maklum cabaran dan proses yang panjang untuk mendapat pengiktirafan halal Jakim.”

GEORGETOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) digesa mengeluarkan lesen mesra Muslim kepada premis makanan di negeri ini bagi menjaga hak-hak pelanggan Muslim.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang, Dr Zaki Ibrahim berkata, orang Islam di Pulau Pinang berhak berasa selesa ketika menjamu selera di premis makanan sama ada gerai atau restoran.

Menurutnya, lesen mesra Muslim itu bagi membolehkan premis makanan diurus selia dengan garis panduan yang menjaga kehormatan pelanggan Muslim.

“Demi keselesaan orang Islam, Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang mencadangkan JHEAIPP diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mesra Muslim kepada gerai makanan dan restoran.

”Garis panduan untuk mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah lebih baik tetapi kita sedia maklum cabaran dan proses yang panjang untuk mendapat pengiktirafan halal Jakim,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, tular klip video berdurasi 2 minit 38 saat berhubung dua lelaki Melayu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.

Perkara itu telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Muslim terutamanya pelanggan yang pernah membeli juadah nasi ayam di kedai terbabit.

Advertisement

Dalam pada itu, kata Dr Zaki lagi, lesen mesra Muslim adalah langkah yang lebih praktikal dan lesen itu perlu dikeluarkan oleh Unit Halal JHEAINPP serta diberi kuasa untuk menjalankan pemantauan.

“Insiden ini mencemar imej Pulau Pinang apabila peniaga sebegini mementingkan keuntungan daripada tanggungjawab dan menghormati pengunjung Islam.

“Siasatan yang dijalankan oleh Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang mendapati pemilik perniagaan tersebut adalah bukan Islam.

“Selain itu, pemilik tersebut tidak mengiklankan bahawa gerainya mendapat pengiktirafan halal,” katanya.

Beliau berkata, kekeliruan berlaku apabila pekerja-pekerja kedai itu adalah orang Islam dan proses penyediaan makanan berlaku di tempat berasingan.

“Perkara ini juga disahkan oleh JHEAINPP yang mendapati makanan dimasak di sebuah premis di kompleks beli belah di Persiaran Gurney turut dibawa untuk dijual di gerai Sungai Ara,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini, JHEAINPP mengesahkan kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang terpalit dengan kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), Mohd Hanif Omar@Wahab berkata, siasatan mendapati, pemilik kedai tersebut yang juga seorang Muslim turut mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli belah di sini.

Katanya, bagaimanapun untuk premis di kompleks beli belah, ia milik bersama antara lelaki Muslim tersebut bersama seorang pemilik bukan Islam.

Ujarnya, pemeriksaan pada premis di pusat beli belah tersebut juga didapati tidak mempunyai SPHM.

Sumber: Sinar Harian

 

Advertisement

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending