Connect with us

Terkini

Isu kewarganegaraan anak luar negara: “Suara wanita perlu didengari,” – Senator Datuk Seri Dr Zulkifli

Hak seorang wanita khususnya seorang ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysian bagi anak-anaknya perlu diteliti dengan holistik oleh Kerajaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu kewarganegaraan anak luar negara
Foto: Senator Datuk Seri Dr Zulkifli.
  • Dalam Islam, wanita boleh bersuara menuntut haknya pada perkara-perkara yang wajar baginya. 
  • “Saya bawakan hadith Ummu Hani’ yang memberitahu Rasulullah SAW bahawa beliau memberi perlindungan kepada dua orang iparnya dari kalangan orang-orang kafir ketika pembukaan kota Mekah. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Kami memberi perlindungan kepada siapapun yang engkau beri perlindungan wahai Ummu Hani’.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Ini isyarat besar daripada Rasulullah SAW sendiri betapa suara wanita perlu didengari dan diberi perhatian serius.
  • Hak seorang wanita khususnya seorang ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysian bagi anak-anaknya perlu diteliti dengan holistik oleh Kerajaan.
  • Kita berpotensi kehilangan satu demi satu modal insan (human capital) yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu ini berterusan.

KUALA LUMPUR – Hak seorang wanita khususnya seorang ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysian bagi anak-anaknya perlu diteliti dengan holistik oleh Kerajaan.

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian selepas menyertai perbahasan usul berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia di Dewan Negara pada Khamis.

Menurutnya, dalam Islam, wanita boleh bersuara menuntut haknya pada perkara-perkara yang wajar baginya. 

“Saya bawakan hadith Ummu Hani’ yang memberitahu Rasulullah SAW bahawa beliau memberi perlindungan kepada dua orang iparnya dari kalangan orang-orang kafir ketika pembukaan kota Mekah. Maka Rasulullah SAW bersabda,

قَدْ أَجَرْنَا مَنْ أَجَرْتِ يَا أُمَّ هَانِئٍ

“Kami memberi perlindungan kepada siapapun yang engkau beri perlindungan wahai Ummu Hani’.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

FB Datuk Dr Zulkifli

Ini isyarat besar daripada Rasulullah SAW sendiri betapa suara wanita perlu didengari dan diberi perhatian serius,” katanya menerusi Facebook.

Mantan Menteri Agama itu turut berkata, “Malaysia adalah salah satu daripada 28 buah negara dunia yang masih mengekalkan hak bapa sahaja untuk memindahkan kewarganegaraan kepada anak-anak.

Beliau berpandangan, bahawa isu-isu lain atau “loop hole” yang terkait dalam hal ini juga wajar dibincangkan. Antaranya adalah berkenaan pendaftaran pernikahan dan kelahiran anak yang menjadi halangan atas faktor Perlembagaan. 

Datuk Dr Zulkifli di Parlimen

Beliau tidak mahu Malaysia menjadi seperti pepatah Melayu, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Tambahnya, tanpa disedari, kita berpotensi kehilangan satu demi satu modal insan (human capital) yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu ini berterusan.

“Saya yakin ada penyelesaian yang harmoni dan adil dalam isu ini,” katanya.

Terbaharu, Senator Datuk Seri Zurainah Musa ketika membahaskan perkara itu di Dewan Negara menegaskan, hak kewarganegaraan yang dilihat memberi kelebihan kepada hanya warganegara lelaki seolah-olah menampakkan wanita tidak begitu penting.

Justeru beliau berpandangan, isu kewarganegaraan di negara ini sewajarnya diberikan hak secara adil tanpa mengira jantina.

Sumber : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Author