Connect with us

Terkini

“Empat tahun belajar, gaji RM1500 sahaja?” – Pensyarah persoal kecelaruan struktur gaji negara

Masyarakat tidak boleh dengan mudah menyalahkan lepasan SPM jika mereka tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sebaliknya lebih memilih untuk menjadi ‘rider’ yang menerima pendapatan 2 hingga 3 ribu sebulan.

Wartawan TMT

Published

on

Dr Anuar Ahmad
Foto: Dr. Anuar Ahmad.
  • “Bayangkan jika selepas empat tahun belajar dan bergraduan, mereka hanya dibayar gaji RM1,500 atau lebih rendah, bagaimana mereka mampu untuk membayar hutang PTPTN dan terpaksa juga meneruskan kehidupan dengan menyewa rumah/bilik, kos pengangkutan ke tempat kerja, kos makan minum dan komitmen yang lain?” – Dr. Anuar Ahmad.
  • Sektor perniagaan dan perkhidmatan Malaysia semakin bercelaru dengan struktur gaji pemula hingga ada yang berkelayakan ijazah dan diploma tapi ditawarkan gaji sangat rendah dan dibayar di bawah kelayakan (underemployment). 
  • Beberapa bulan setelah bekerja, ramai antara mereka terpaksa berhenti kerja kerana pendapatan tidak cukup untuk membiayai kos hidup khususnya di bandar besar.
  • Kerajaan sepatutnya mengumumkan kadar gaji minima siswazah supaya ia dijadikan panduan kepada majikan dan masyarakat bagi mengelakkan berlakunya manipulasi pihak majikan.
  • Masyarakat juga tidak boleh menyalahkan lepasan SPM jika mereka enggan sambung belajar dan lebih memilih menjadi ‘rider’ untuk menerima pendapatan 2 hingga 3 ribu sebulan.

KUALA LUMPUR – Masyarakat tidak boleh dengan mudah menyalahkan lepasan SPM jika mereka tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sebaliknya lebih memilih untuk menjadi ‘rider’ yang menerima pendapatan 2 hingga 3 ribu sebulan.

Demikian kata, Pensyarah Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad pada Sabtu, menerusi Facebooknya.

Sebelum ini kaji selidik Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan menyambung pelajaran. 

Kaji selidik membabitkan 560,000 pelajar lepasan SPM itu mendapati hanya 170,000 memilih menyambung pelajaran manakala 390,000 lagi enggan berbuat demikian.

Lebih membimbangkan, trend tahun 2019 itu dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021, menurut jabatan itu.

Dalam pada itu, sistem MyMoheS merekodkan sejumlah 30,904 pelajar universiti awam tidak menamatkan pengajian sepanjang tahun 2020 hingga 2021 atas beberapa faktor.

Mengulas lanjut berkenaan itu, Dr. Anuar Ahmad berkata menyambung pelajaran peringkat diploma dan ijazah bermakna golongan ini juga akan mula berhutang dengan PTPTN.

Advertisement

FB Anuar Ahmad

“Bayangkan jika selepas empat tahun belajar dan bergraduan, mereka hanya dibayar gaji RM1,500 atau lebih rendah, bagaimana mereka mampu untuk membayar hutang PTPTN dan terpaksa juga meneruskan kehidupan dengan menyewa rumah/bilik, kos pengangkutan ke tempat kerja, kos makan minum dan komitmen yang lain?”

“Sektor perniagaan dan perkhidmatan di negara kita semakin bercelaru dengan struktur gaji pemula. 

“Ada kelayakan ijazah dan diploma tapi gaji yang ditawarkan sangat rendah. 

“Kata-kata seperti ‘asalkan ada kerja ok dah’, ‘jangan memilih sangat kerja’, tidak membantu malah sebenarnya tidak wajar jika kita faham situasi mereka yang terpaksa menanggungnya,” katanya yang turut menjelaskan bahawa terdapat ramai graduan dibayar gaji di bawah kelayakan (underemployment). 

Terbaharu, sebuah media tempatan melaporkan bahawa terdapat anak muda bekerja sebagai penghantar makanan menyifatkan sambung belajar tidak lagi relevan memandangkan sekalipun pemuda itu mempunyai diploma namun gaji yang diterima tidak jauh beza dengan gaji lepasan SPM.

Bahkan katanya, bekerja sebagai penghantar makanan menjanjikan pendapatan lebih lumayan dan fleksibel daripada bekerja makan gaji.

Advertisement

Kata Dr. Anuar Ahmad, apa yang sering berlaku, beberapa bulan setelah bekerja, ramai antara mereka terpaksa berhenti kerja kerana pendapatan tidak cukup untuk membiayai kos hidup khususnya di bandar besar.

“Sebab itu kerajaan kena lihat situasi ini dan sepatutnya mengumumkan kadar gaji minima siswazah. 

“Sekurang- kurangnya ini menjadi panduan kepada majikan dan masyarakat. Dan mengelakkan berlakunya manipulasi pihak majikan.

“Misalnya umumkan RM2,500 adalah gaji minima untuk siswazah. 

“Setelah ditolak hutang PTPTN, kos hidup (makan, pengangkutan, sewa, utiliti), sebenarnya tidak ada yang berbaki lagi,” katanya yang tidak menolak kemungkinan wujud graduan yang bersedia menerima gaji di bawa gaji minima sisawazah kerana ia melibatkan pilihan individu.

Namun katanya, sekurang-kurangnya golongan ini perlu sedia maklum adanya gaji minima siswazah.

Advertisement

 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending