Terkini
Pakar perlembagaan tidak sokong hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya
Pemansuhan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 sebatan, adalah mencukupi dan memadai.

- Pindaan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dari hukuman mati ‘mandatori’ kepada ‘pilihan’ sudah memadai.
- Hukuman bagi kesalahan besar berkaitan dadah sedia ada sudah diringankan dari hukuman sebelumnya.
- “Ada ruang-ruang yang perlu kita letakkan ketegasan undang-undang,” kata Prof Datuk Dr Shamrahayu A.Aziz.
KUALA LUMPUR – Pemansuhan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 sebatan, adalah mencukupi dan memadai.
Pakar perlembagaan dan undang-undang, Prof Datuk Dr Shamrahayu A.Aziz berkata, pindaan kepada seksyen berkenaan telah memberi keringanan daripada hukuman mati ‘mandatori’ kepada hukuman mati sebagai pilihan atas kebijaksanaan dan budi bicara hakim.
Prof Shamrahayu berkata beliau tidak bersetuju dengan tuntutan supaya hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya kerana penguatkuasaan undang-undang membabitkan kesalahan besar berkaitan dadah memerlukan ketegasan.
“Pada pandangan saya, ada ruang-ruang yang perlu kita letakkan ketegasan undang-undang walaupun kita tahu (penetapan) hukuman mati itu perlu disertai dengan pembuktian yang tinggi.
“Jadi pada umumnya, saya masih lagi menyokong supaya dikekalkan hukuman mati sebagai hukuman mati pilihan dalam kes 39B Akta Dadah Berbahaya itu. Hukuman itu telah diringankan dari hukuman mati mandatori kepada hukuman mati sebagai pilihan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Berdasarkan tinjauan The Centre pada April lalu yang mendapati peningkatan peratusan warga Malaysia yang membantah pelaksanaan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Media tempatan melaporkan bahawa tinjauan badan pemikir itu mendapati kurang 20 peratus warga Malaysia yang menyokong hukuman mati bagi kesalahan besar dadah, berbanding 60 peratus pada 2020.
Mengulas lanjut, Prof Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan bahawa peruntukan hukuman sedia ada tidak perlu diubah.
“Hukuman (mati) ini baru sahaja diubah dari ‘mandatori’ kepada ‘pilihan’ pada 2017. Kita tengok dulu kesan dia macam mana,” katanya menegaskan bahawa dalam amalan demokrasi adalah tidak salah untuk seseorang itu berada dalam kelompok minoriti yang mahu hukuman itu dikekalkan atas faktor ketegasan undang-undang bagi kesalahan besar berkaitan dadah. – The Merdeka Times
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah