Connect with us

Terkini

Padah hisap vape menanti pengguna beberapa tahun lagi – Pakar Perunding Perubatan Keluarga

Pakar perubatan menjangkakan kesan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi lebih teruk dalam masa beberapa tahun akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

padah rokok elektrik - pakar perubatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kesan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi lebih teruk dalam masa beberapa tahun akan datang.
  • Kesannya timbul setelah kanak-kanak dan remaja yang menghisap vape dalam tempoh ini meningkat dewasa.
  • ketagihan vape lebih kuat sehingga individu yang tidak pernah merokok pun mula terdedah dengan vape.
  • Vape bukan sahaja memberi kesan pada paru-paru, ia juga menyumbang pada masalah saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

SHAH ALAM – Pakar perubatan menjangkakan kesan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi lebih teruk dalam masa beberapa tahun akan datang.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga dan Felo Kawalan Tembakau, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin berkata, kesannya dilihat lebih ketara setelah kanak-kanak dan remaja yang menghisap vape dalam tempoh ini meningkat dewasa.

Menurutnya, ketagihan vape sangat tinggi, malah terbukti individu yang tidak pernah merokok sebelum ini juga mula terdedah dengan rokok elektronik.

“Apabila mula (menghisap) vape, (mereka) akan ketagihan bahan lain. Impak itu sangat tinggi dalam kalangan remaja serta kanak-kanak kerana mereka mengalami perubahan hormon serta tumbesaran badan.

“Otak yang berkembang, ditambah tekanan rakan sebaya mendorong mereka menjadi penghisap vape kemudian bertukar kepada rokok.

“Pusat Racun Negara melaporkan, kes keracunan vape dalam kalangan kanak-kanak melibatkan usia empat bulan (paling muda), manakala enam kes pada tahun 2019 dan 13 kes pada 2020,” katanya.

Dr Nur Amani berkata, vape bukan sahaja memberi kesan pada paru-paru, tetapi menimbulkan masalah pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

Advertisement

Katanya, kajian The Johns Hopkins University pada Oktober 2021 mendapati, vape mengandungi lebih 1,000 bahan kimia antaranya kafein, tiga kimia baharu, racun serangga serta perisa dan pewarna tiruan.

“Kesan vape akan terus dirasai oleh penghisap, misalnya degupan jantung dan tekanan darah meningkat serta kesan jangka panjang seperti serangan jantung.

“Ada pesakit yang mendapat masalah popcorn lung dan Evali (penyakit berkaitan paru-paru akibat vape) dalam tempoh kurang setahun,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending