Connect with us

Terkini

“Mahathir yang iktiraf tuntutan Sulu,” – bidas Najib Razak

Mahathir sendiri meminta negara untuk tidak lagi membayar dan tidak lagi iktiraf tuntutan Sulu ke atas Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara pada masa itu.

Wartawan TMT

Published

on

Mahathir yang iktiraf tuntutan Sulu
Foto: Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Pendirian kerajaan PH yang komited membayar waris Sulu maksudkan mereka iktiraf tuntutan ke atas Sabah.
  • Hal ini bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini sebagai negara berdaulat.
  • Najib mempersoalkan tindakan Tommy Thomas menghantar surat tunjuk kesal dan salah ke mahkamah Sepanyol.
  • Mahathir sendiri meminta negara untuk tidak lagi membayar dan tidak lagi iktiraf tuntutan Sulu ke atas Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara pada masa itu.

KUALA LUMPUR –  Pendirian kerajaan Pakatan Harapan mengaku dan mengiktiraf tuntutan wakil Sulu ke atas Sabah dengan terus komited membayar wang serahan kepada waris Sulu akan memberi kesan jangka masa panjang kerana pengiktirafan tersebut seolah mengakui bahawa Sabah memang milik wakil Sulu. 

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan permasalahan Sulu berpunca daripada kesalahan Najib kerana memungkiri janji untuk membuat bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu.

“Dia kata pendirian kerajaan PH ialah mereka komited tunaikan janji untuk membayar waris Sulu – bermaksud mereka iktiraf tuntutan ke atas Sabah.

“Bermaksud kerajaan PH mengaku Sabah dimiliki waris Sulu – iaitu bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini sebagai negara berdaulat,” tulis beliau di Facebook pada Khamis.

Menurut Najib, Mahathir ada menjelaskan bahawa mereka mengiktiraf tuntutan waris Sulu namun tidak mengiktiraf keputusan mahkamah Sepanyol.

“Oh? Sekiranya kerajaan PH tidak iktiraf keputusan mahkamah Sepanyol kenapa pula surat kesal Tommy kepada waris Sulu itu disalin kepada hakim mahkamah Sepanyol?

“Kerajaan PH tak hantar wakil untuk lawan kes di mahkamah Sepanyol kononnya dengan pendirian tak iktiraf keputusan mahkamah Sepanyol tapi kamu boleh pulak salin surat mengaku kesal dan salah itu kepada hakim mahkamah Sepanyol?

“Tahukah Tun M bahawa surat kekesalan Tommy Thomas dipetik sekurang-kurangnya 10 kali ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa menjelaskan kewajaran anugerah diberikan kepada waris Sultan?”

“Tahukah kamu bahawa surat Tommy boleh disamakan dengan surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953 kepada Singapura terhadap pemilikan Pulau Batu Putih?” katanya.

“Sebenarnya Tun M dan kerajaan PH sedar apa mereka sedang buat tak ataupun dalam kekeliruan pada setiap masa ketika mereka memerintah?” kata Najib membidas semula dakwaan demi dakwaan yang dihadapkan ke atasnya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu turut kembali mempersoalkan dakwaan Mahathir yang menyalahkan beliau kerana memungkiri janji untuk tidak membayar wakil Sulu kerana mengesyaki orang Sulu membunuh 10 wira Malaysia dalam pencerobohan Lahad Datu.

Katanya, Mahathir sendiri ketika itu meminta negara untuk tidak lagi membayar dan tidak lagi iktiraf tuntutan Sulu ke atas Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara pada masa itu.

Sumber : Facebook Najib Razak

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending