Terkini
“Lebih baik beri menstrual cup daripada tuala wanita percuma,” – Pengasas bersama Suci Cup
Penggunaan menstrual cup ataupun cawan haid bukan sahaja solusi untuk kemiskinan haid tetapi juga menyelesaikan permasalahan kesemua wanita.
- Menstrual cup bukan hanya solusi untuk kemiskinan haid tetapi menyelesaikan kesemua permasalahan wanita.
- Penggunaan alat tersebut lebih bersih, tahan lama iaitu hampir 10 tahun dan mesra alam berbanding penggunaan pad yang boleh menyebabkan urinary tract infections (UTI).
- Semakin ramai golongan wanita yang sudah mulai menerima kewujudan peralatan tersebut sebagai pengganti tuala wanita seperti pad.
KUALA LUMPUR – Penggunaan menstrual cup ataupun cawan haid bukan sahaja solusi untuk kemiskinan haid tetapi juga menyelesaikan permasalahan kesemua wanita.
Pengasas bersama Suci Cup, Nor Izzati Nordin, menyifatkan cadangan pemberian tuala wanita percuma sebagai inisiatif menangani permasalahan ketidakmampuan mengakses produk penjagaan haid lebih wajar digantikan dengan pemberian menstrual cup yang dilihat sebagai alat terbaik dalam menguruskan haid.
Jelasnya, penggunaan alat tersebut lebih bersih, tahan lama iaitu hampir 10 tahun dan mesra alam berbanding penggunaan pad yang boleh menyebabkan urinary tract infections (UTI).
“Biasanya orang kena urinary tract infections seperti pedih semasa kencinglah, terkadang ada bisul lah dekat bawah tu kerana menggunakan pad. Pad adalah tempat untuk bakteria senang membiak.
“Dekat situlah ada peluh, dekat situlah kita punya discharge keluar kat situlah ada udara kita, udara jadi menurut pandangan saya, menstrual cup bukanlah sekadar solusi untuk kemiskinan sebaliknya ia baik untuk kegunaan semua orang,” katanya pada Isnin.
Menurutnya, penggunaan menstrual cup perlu dinormalisasikan oleh masyarakat Malaysia sekalipun rata-ratanya hari ini masih menggunakan pad sebagai pilihan utama semasa kedatangan haid.
Namun, menerusi permerhatiannya semakin ramai juga yang sudah mulai menerima kewujudan peralatan tersebut.
Sebelum ini beliau beranggapan penggunaan menstrual cup adalah untuk golongan tidak berkemampuan sahaja.
Namun setelah memberanikan diri mencuba menggunakan alat itu sebagai pengganti pad, beliau semakin memahami keberkesanan produk tersebut.
“For me sebelum saya started Suci Cup saya memakai pad guna semula (reusable) kerana saya takut nak menggunakan alat itu dan saya sama seperti orang lain yang tak pernah bayangkan bahawa saya akan pakai menstrual cup hari ini.
“Lagi-lagi international company mereka menjualnya dengan cara beli satu, akan dapat lagi satu yang diberikan di negara seperti Afrika, India dan sebagainya.
“Pastu bagi saya, ohh kesiannya for this poor women yang tak mampu nak beli pad. Kesiannya diaorang that how I rasa terhadap menstrual cup, saya rasa entitled.
“Tapi bila saya tukar pakai menstrual cup saya rasa, eh bodohnya aku kenapa dulu aku rasa ia untuk orang miskin. I like it! It is not necessary for the poor kerana ia sangat bersih,” Justeru beliau mengharapkan kesemua golongan lebih bersikap terbuka untuk menerima alatan tersebut kerana ia tidak terhad kepada mana-mana individu.
Tambahnya, penggunaan tuala wanita tidak mesra alam kerana 90 peratus bahan ianya adalah diperbuat daripada plastik maka proses pelupusannya mengambil masa sangat lama.
“Dalam sehari contohnya kita pakai 3 pad darab dengan 7 (seminggu) akan dapat 21 pad kemudian darab pula dengan 12 bulan bersamaan 252 tuala wanita dipakai oleh seorang wanita semasa haid.
“Kesemua pad itu ambil masa 500 tahun untuk terurai jadi bayangkan berapa banyak kita sebagai wanita menggunakan pad,” ujar Izzati yang turut menjelaskan bahawa Suci Cup mampu bertahan hampir 10 tahun dan boleh digunakan semula berulang kali berbanding tuala wanita yang bersifat pakai buang.
Beliau turut berkongsi di sekitar pedalaman Sabah wujud golongan wanita yang memakai daun sebagai alat untuk menguruskan haid.
Bahkan terdapat NGO yang pernah bercadang untuk membeli 100 Suci Cup bagi diberikan kepada golongan wanita tersebut.
Bagaimanapun, Izzati menyifatkan kemiskinan haid itu bukanlah disebabkan ketidakupayaan untuk membeli produk seperti tuala wanita semata-mata namun kegagalan untuk mengakses bekalan air bersih seperti di kawasan pedalaman untuk mengurus darah haid atau mencuci kain juga definisi bagi kemiskinan haid .