Ekonomi
Kerajaan tidak mampu tampung subsidi pukal selamanya – Menteri Kewangan
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberi amaran bahawa mekanisme subsidi semasa melibatkan subsidi pukal kepada semua rakyat tidak dapat ditampung selamanya.

- Walau hasil cukai tambahan susulan peningkatan harga minyak mentah dan sawit, ia masih tidak mencukupi untuk menampung peningkatan subsidi itu – Tengku Zafrul.
- Kerajaan sedang menyemak dan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi dan insentif yang dilaksanakan.
PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberi amaran bahawa mekanisme subsidi semasa melibatkan subsidi pukal kepada semua rakyat tidak dapat ditampung selamanya.
Dengan perbelanjaan subsidi dijangka meningkat kepada RM77.7 bilion berbanding peruntukan sebanyak RM31 bilion dalam Bajet 2022, Zafrul berkata, hasil cukai tambahan susulan peningkatan harga minyak mentah dan sawit tidak mencukupi untuk menampung peningkatan subsidi itu.
“Walaupun harga minyak mentah dan sawit lebih tinggi ini diunjurkan menjana hasil cukai tambahan melebihi RM10 bilion tetapi peningkatan ini jauh tidak mencukupi untuk menampung peningkatan subsidi melebihi RM40 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Bagaimanapun, beliau berkata, di sebalik kekangan kewangan, Putrajaya terus komited meningkatkan pemberian subsidi dengan memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022.
“Ia melibatkan subsidi ayam dan telur serta elektrik bagi melindungi rakyat daripada kesan penuh kenaikan harga makanan dan komoditi dunia,” katanya.
Katanya, memandangkan harga komoditi global dijangka akan kekal pada paras tinggi untuk separuh tahun kedua 2022, kerajaan akan terus meneliti sumber hasil dan penjimatan tambahan bagi menampung keperluan tambahan subsidi bagi tempoh itu.
“Dengan itu, kerajaan sedang menyemak dan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi dan insentif yang dilaksanakan bagi memastikan peruntukan yang optimum disediakan untuk setiap program dan membolehkan penjimatan yang diperoleh disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.
Menurutnya, kementerian juga sedang memperincikan kaedah pelaksanaan subsidi secara bersasar bagi barangan bersubsidi seperti produk petroleum agar pelaksanaannya diterima rakyat.
Zafrul menjawab pertanyaan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta kerajaan menyatakan langkah kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi sebanyak RM80 bilion setahun dapat disediakan untuk kelangsungan hidup rakyat.
Ekonomi
Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
- Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
- “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
- Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.
“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.
Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.
“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.
“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.
Sumber: Astro Awani
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah