Terkini
Hina agama atas pentas lawak, Harith Iskander jumpa 30 pelawak komediri
Selepas tular insiden wanita terbabit, Mufti Pulau Pinang telah mengesa agar diadakan garis panduan bagi memelihara batas-batas moral serta agama pemilik kelab komedi, pengunjung serta pelawak pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR – ‘Stand-up’ komedi atau komediri adalah sejenis persembahan jenaka yang dipersembahkan oleh seorang individu di atas pentas dengan hanya berbekalkan mikrofon sahaja. Baru-baru ini tular satu video seorang wanita yang baru mencuba komediri buat pertama kali dan ditahan polis akibat persembahannya yang tidak beretika serta menghina agama Islam.
Selepas tular insiden wanita terbabit, Mufti Pulau Pinang telah mengesa agar diadakan garis panduan bagi memelihara batas-batas moral serta agama pemilik kelab komedi, pengunjung serta pelawak pada masa akan datang.
Mengambil saranan itu dengan positif, Harith Iskander telah memulakan inisiatif dengan mengadakan perbincangan dengan hampir 30 orang pelawak komediri bagi menetapkan garis panduan tersebut.
Sebelum itu, Harith Iskander telah berjumpa dengan pendakwah bebas, Firdaus Wong & peguam, Tai Zee How atau dikenali sebagai Apek Cina pada Jumaat yang lepas.
Inisiatif tersebut diambil bukan sahaja untuk mengelakkan penghinaan agama dalam berjenaka berulang lagi, malah ia juga akan memastikan industri ini terus maju ke hadapan sambil mengambil kira perlembagaan dan budaya setempat.

Nor Azizi Shairan
July 19, 2022 at 7:31 pm
Gejala liberal ni pun dah masuk dalam drama2 melayu eg.pegang2 tangan, xtutup aurat, watak2 pondan dsbnya…so tolong wat sesuatu…