Connect with us

Terkini

PN akan ‘semak dan imbang’ di Parlimen – Muhyiddin

Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras prinsip Demokrasi Berparlimen, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PN akan 'semak dan imbang' di Parlimen - Muhyiddin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ucap tahniah atas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10.
  • “Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui PH, PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen. 
  • “Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras prinsip Demokrasi Berparlimen, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata demikian susulan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pembentukan kerajaan persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. 

“Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen. 

“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam kenyataannya di Facebook di sini hari ini.

Kenyataan ringkas Muhyiddin itu menyusuli kenyataan PAS pagi tadi yang berkata ia akan membincangkan tawaran menyertai kerajaan perpaduan dengan parti komponen PN.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu menyaksikan keputusan PN memperoleh 73 kerusi; PH 82 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), masing-masing menang satu kerusi.

Keputusan itu menyebabkan berlakunya situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan sehinggalah Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 semalam.

Pelantikan Anwar diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas mengadakan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada hari sama.

Dalam sidang media sulungnya selaku Perdana Menteri semalam, Anwar turut mempelawa PN selaku gabungan politik kedua terbesar memenangi PRU15 lalu untuk menyertai kerajaan perpaduan yang disertai Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Muhyiddin Yassin

Author