Connect with us

Terkini

(VIDEO) HIV meningkat: Golongan profesional, budak pandai antara penyumbang

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi (Kiri) & Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar (Kanan)

KUALA LUMPUR — Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendedahkan jangkitan HIV turut berlaku dalam kalangan kelompok pelajar pandai dan mereka yang bekerja di bidang profesional, termasuk sektor perubatan seperti doktor, pembantu perubatan (MA) dan jururawat.

Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata perkara itu diketahui menerusi ciapan di platform X (Twitter), seorang petugas makmal yang menyatakan apabila musim pemeriksaan kesihatan berlaku, maka akan menyaksikan ada kes pelajar pandai yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti ‘sangkut’ kerana didiagnosis menghidap HIV.

Beliau berkata situasi itu juga menimbulkan persoalan mengapa mereka yang berada dalam bidang perubatan dan sudah memahami risiko serta kesan HIV, masih boleh terjebak dalam keadaan sedemikian.

“Jadinya kita tertanya-tanya, is it about knowledge? They are in the field, mereka memang dalam bidang itu so mereka tahu risiko, mereka tahu kesan, mereka tahu akibat, mereka tahu prognosis, mereka tahu eventually.

“Sebab itu ada kajian saya buat bersama sahabat-sahabat tentang isu HIV di kalangan transgender apa semua tu, bila kita compare maknyah kita sebelum dengan selepas, dia punya knowledge pasal HIV dah tinggi dah (tapi) knowledge agama dia kurang.

So kita merasakan bahawa yang perlu adalah pengurusan nafsu dan pengurusan nafsu ini diberi oleh agama… setengah orang akan kata, “oh abstinence (menahan diri daripada terjebak perbuatan songsang) dah tak jalan kan”.

“Tapi saya kata, abstinence sangat berkesan kalau kita bagi dengan satu kaedah dan kempen yang sangat bersungguh-sungguh macam mana pengurusan nafsu, macam mana untuk menjaga supaya tak terlibat pornografi, agama kata apa pasal pandangan zina, tentang sentuhan-sentuhan yang tak boleh dan apa yang boleh dilihat, apa tidak boleh dilihat,” kata Profesor Dr Rafidah Hanim.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di episod terbaru program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk, “Lelaki Homoseksual, Penghidap HIV Tertinggi, Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia?” yang disiarkan di YouTube The Merdeka Times.

Program terbitan Studio Merdeka itu turut menampilkan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong dan Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Dalam pada itu, Akhi Fairuz meluahkan kebimbangan dengan kelompok remaja yang terdiri daripada kalangan pelajar pandai akademik, namun adakala tidak sedar akan ancaman yang berlaku pada zaman muda mereka.

Beliau berkata selain daripada sosial media ataupun gajet, akses mudah kepada bahan pornografi juga menyumbang atau memberi idea kepada remaja untuk meneroka lebih jauh daripada sepatutnya berkenaan seks.

Katanya, dalam masa sama ada ibu bapa yang merasa janggal dan tidak bersedia untuk bercerita tentang isu seksualiti seperti apa itu rogol, amang seksual dan liwat kepada anak-anak.

“Ibu bapa kadang-kadang bukan mereka tidak peduli tetapi mereka tak pernah jangka benda itu berlaku pada anak mereka sebab kebanyakan kes yang saya biasa jumpa di sekolah, anak-anak itu (yang terlibat isu seksualiti) adalah budak yang pandai, yang hafal Al-Quran, anak mereka yang cemerlang dari segi akademik, anak yang menjadi harapan mereka.

“Sebab itu, bila anak mereka terlibat gejala berkenaan, mereka kebiasaannya memang sedih tapi apa yang mereka boleh lakukan kemudiannya? Sebab itu banyak yang tanya saya, anak dia ketagih pornografi, dah lah ketagih pornografi tengok pulak pornografi yang gay. 

“Lepas itu ada rangsangan seksual kepada hubungan sama adik-beradik, segala bagai so parent dia stuck di situ, apatah lagi kalau nak bercerita tentang HIV yang menyebabkan kematian kepada anak mereka… Benda-benda seperti ini pun mereka kadang-kadang (tak tahu) nak bawa anak kat mana? Nak rujuk kat mana?,” kata Akhi Fairuz.

Justeru, beliau menyarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk lebih ke depan dan memaklumkan di hospital ataupun klinik sentiasa akan ada satu unit yang bersedia menerima sebarang kes berkaitan remaja kerana ramai ibu bapa yang anaknya terlibat perkara sebegini tidak tahu mahu merujuk ke mana. — The Merdeka Times

Author