Connect with us

Terkini

Mahkamah perintah KDN pulangkan 172 jam Swatch ‘Pride Collection’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Keratan artikel berkaitan jam tangan Swatch dari siri "Pride Collection".
  • Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini perintahkan kerajaan memulangkan 172 jam tangan Swatch dari siri Pride Collection, yang dirampas pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lalu kepada syarikat The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd (Swatch Malaysia).
  • Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Amarjeet Singh berkata KDN melanggar undang-undang ketika melakukan rampasan dan mengarahkan kerajaan memulangkannya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
  • Hakim Amarjeet berkata demikian selepas membenarkan semakan kehakiman dikemukakan syarikat pengimport dan penjual jam tangan itu pada Ogos 2023.
  • Media melaporkan pada 24 Jun 2023, Swatch menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates memfailkan permohonan terbabit dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat.
  • Dalam permohonannya, Swatch mendakwa penyitaan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan 172 jam tangan Swatch dari siri Pride Collection, yang dirampas pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lalu kepada syarikat The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd (Swatch Malaysia).

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Amarjeet Singh berkata KDN melanggar undang-undang ketika melakukan rampasan dan mengarahkan kerajaan memulangkannya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Beliau turut membatalkan notis penyitaan terhadap Swatch Malaysia selepas membenarkan perintah certiorari yang dipohon syarikat berkenaan, lapor media tempatan di sini hari ini.

Hakim Amarjeet berkata demikian selepas membenarkan semakan kehakiman dikemukakan syarikat pengimport dan penjual jam tangan itu pada Ogos 2023.

Media melaporkan pada 24 Jun 2023, Swatch menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates memfailkan permohonan terbabit dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat.

Dalam permohonannya, Swatch mendakwa penyitaan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Beliau berkata istilah penerbitan merujuk kepada untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.

Pemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar, mengambil kira pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang di beberapa negeri penting.

Pada 13 dan 14 Mei tahun lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.

Kemudian pada Ogos tahun sama, kerajaan mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan dengan perihalan “Apa-apa penerbitan berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, and + Plus (LGBTQ+) dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch dalam apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau apa-apa benda lain yang berkaitan”. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *