Antarabangsa
Protes anti-Masjid di Himachal Pradesh, India melarat ke kawasan lain
Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India, yang pada awalnya tercetus di kawasan Sanjauli di Shimla, semakin merebak ke kawasan lain di negeri itu, lapor The Wire.
- Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India, yang pada awalnya tercetus di kawasan Sanjauli di Shimla, semakin merebak ke kawasan lain di negeri itu, lapor The Wire.
- Kekacauan itu bermula dengan bantahan terhadap dakwaan pembinaan struktur masjid haram yang kini berkembang menjadi tuntutan mengehadkan kemasukan ‘orang luar’, istilah digunakan secara eksklusif untuk menyasarkan Muslim dari negeri lain yang dituduh mengambil pekerjaan dan perniagaan tempatan.
- Madhyamam melaporkan daerah-daerah Nerwa, Kasumpti, Mandi, Kullu dan Hamirpur kini menjadi tumpuan baru bagi protes anti-Muslim ini.
- Komuniti Muslim menjadi sasaran permusuhan di tempat-tempat seperti Solan dan Palampur, di mana penduduk tempatan menuduh mereka sebagai orang luar.
- Gelombang ketidakpuasan ini dilaporkan didorong pelbagai organisasi dari kumpulan peniaga tempatan, termasuk kumpulan Hindu lama dan baru.
Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India, yang pada awalnya tercetus di kawasan Sanjauli di Shimla, semakin merebak ke kawasan lain di negeri itu, lapor The Wire.
Kekacauan itu bermula dengan bantahan terhadap dakwaan pembinaan struktur masjid haram yang kini berkembang menjadi tuntutan mengehadkan kemasukan ‘orang luar’, istilah digunakan secara eksklusif untuk menyasarkan Muslim dari negeri lain yang dituduh mengambil pekerjaan dan perniagaan tempatan.
Madhyamam melaporkan daerah-daerah Nerwa, Kasumpti, Mandi, Kullu dan Hamirpur kini menjadi tumpuan baru bagi protes anti-Muslim ini.
Komuniti Muslim menjadi sasaran permusuhan di tempat-tempat seperti Solan dan Palampur, di mana penduduk tempatan menuduh mereka sebagai orang luar.
Gelombang ketidakpuasan itu dilaporkan didorong pelbagai organisasi dari kumpulan peniaga tempatan, termasuk kumpulan Hindu lama dan baru.
Anggota pembangkang BJP dan Vishva Hindu Parishad (VHP) turut dikaitkan, dengan beberapa individu telah didakwa selepas siasatan polis terhadap protes ganas terhadap sebuah masjid di Sanjauli 11 September lalu.
Sebagai tindak balas, VHP menawarkan bantuan guaman kepada mereka yang ditangkap berkaitan dengan protes itu.
Pada masa sama, kerajaan Kongres dipimpin Ketua Menteri, Sukhwinder Sukhu berdepan kritikan kerana gagal menguruskan keadaan.
Beberapa pemimpin minoriti Kongres dari Himachal baru-baru ini meminta campur tangan badan tertinggi parti di New Delhi bagi mencari penyelesaian terhadap krisis semakin memuncak itu. — The Merdeka Times