Connect with us

Antarabangsa

Gangguan seksual wanita Palestin di pusat pemeriksaan Hebron meningkat – Laporan

Gangguan seksual tentera Israel terhadap wanita Palestin di pusat pemeriksaan Hebron di Tebing Barat yang diduduki dilaporkan semakin kerap berlaku, demikian menurut laporan Haaretz.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gangguan seksual tentera Israel terhadap wanita Palestin di pusat pemeriksaan Hebron di Tebing Barat yang diduduki dilaporkan semakin kerap berlaku, demikian menurut laporan Haaretz.
  • Dalam satu insiden, seorang wanita muda Palestin berkata seorang tentera Israel bertindak mendedahkan kemaluannya di pusat pemeriksaan pada 17 Ogos lalu.
  • Selepas insiden itu, wanita lain melaporkan layanan memalukan serupa di pusat pemeriksaan bandar tersebut, memberi keterangan terhadap peningkatan gangguan seksual oleh tentera Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
  • Penduduk Hebron turut melaporkan sejak pengesan logam dipasang selepas insiden 7 Oktober tahun lalu, wanita kadangkala dikehendaki menanggalkan pakaian mereka.
  • Dalam beberapa kes, wanita melaporkan diminta menanggalkan hijab mereka.
  • Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun mendapati pihak berkuasa Israel secara sistematik mengenakan keganasan seksual ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan Palestin, termasuk dipaksa berbogel, pelucutan pakaian di tempat awam, penyeksaan seksual dan gangguan berulang.

Gangguan seksual tentera Israel terhadap wanita Palestin di pusat pemeriksaan Hebron di Tebing Barat yang diduduki dilaporkan semakin kerap berlaku, demikian menurut laporan Haaretz.

Dalam satu insiden, seorang wanita muda Palestin berkata seorang tentera Israel bertindak mendedahkan kemaluannya di pusat pemeriksaan pada 17 Ogos lalu.

Wanita itu berkata dia melalui pusat pemeriksaan Tamar di kejiranan Tel Rumeida apabila tentera tersebut menghentikan dan memintanya membuka beg.

Selepas mematuhi arahan itu, tentera tersebut menurunkan sebahagian seluarnya dan bertanya kepadanya “Kamu mahukannya? Mari dan lihat”.

“Kerana terkejut, saya meninggalkan pusat pemeriksaan dan tidak tahu apa yang sedang berlaku, saya rasa seperti seseorang telah menampar saya.

“Saya merasa sangat letih dan tertekan akibat kejadian itu. Sekarang, situasi lebih dirasakan mudah, tetapi apabila saya mahu melalui pusat pemeriksaan, saya takut perkara sama akan berlaku lagi,” katanya kepada Haaretz dipetik MEE.

Selepas insiden itu, wanita lain melaporkan layanan memalukan serupa di pusat pemeriksaan bandar tersebut, memberi keterangan terhadap peningkatan gangguan seksual oleh tentera Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pengguna lain melaporkan pengalaman berdepan serangan lisan berterusan semasa mereka melalui pusat pemeriksaan dan memberitahu bahawa wanita muda kini takut melintasinya secara sendirian.

Penduduk Hebron turut melaporkan sejak pengesan logam dipasang selepas insiden 7 Oktober tahun lalu, wanita kadangkala dikehendaki menanggalkan pakaian mereka.

Dalam beberapa kes, wanita melaporkan diminta menanggalkan hijab mereka.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun mendapati pihak berkuasa Israel secara sistematik mengenakan keganasan seksual ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan Palestin, termasuk dipaksa berbogel, pelucutan pakaian di tempat awam, penyeksaan seksual dan gangguan berulang.

Laporan itu menyimpulkan bahawa serangan seksual membentuk sebahagian daripada “prosedur operasi ISF (pasukan keselamatan Israel)”.

“Tindakan ini bertujuan menghina dan merendahkan mangsa dan masyarakat Palestin secara keseluruhan, dengan pengukuhan stereotaip jantina yang membangkitkan rasa malu, pemerendahan, hilangnya kejantanan dan rasa rendah diri,” kata laporan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *