Connect with us

Antarabangsa

Doktor di India mogok, Tuntut keadilan rakan sekerja dirogol & dibunuh

Ratusan ribu petugas kesihatan bersama penyokong mereka di India melancarkan mogok besar-besaran di seluruh negara sebagai protes terhadap kes rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih minggu lalu di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, timur India.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: petugas kesihatan bersama penyokong mereka di India melancarkan mogok besar-besaran.
  • Ratusan ribu petugas kesihatan bersama penyokong mereka di India melancarkan mogok besar-besaran seluruh negara sebagai tanda protes terhadap kes rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih minggu lalu di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, timur India.
  • Kebanyakan protes yang diadakan pada Sabtu itu diketuai doktor dan pekerja kesihatan, disertai puluhan ribu rakyat India, menuntut diadakan tindakan segera.
  • Hospital dan klinik di seluruh India berhenti menerima pesakit pada Sabtu, kecuali kes kecemasan apabila golongan profesional perubatan mulakan penutupan 24 jam bermula 6 pagi (00:30 GMT).
  • Penemuan mayat doktor berusia 31 tahun yang berlumuran darah pada 9 Ogos lalu di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar yang dikendalikan kerajaan telah mencetuskan protes di beberapa bandar di seluruh negara.
  • Doktor dibunuh itu ditemui di dewan seminar hospital tempat belajarnya di mana dirinya bertugas selama 36 jam. Bedah siasat mengesahkan berlakunya serangan seksual.
  • Persatuan Perubatan India (IMA), kumpulan profesional perubatan terbesar di negara itu dengan 400,000 ahli, mengecam “jenayah kejam itu, isu kekurangan ruang selamat untuk wanita” dan berkata komuniti perubatan dan negara adalah “mangsa” dalam insiden itu.

Ratusan ribu petugas kesihatan bersama penyokong mereka di India melancarkan mogok besar-besaran di seluruh negara sebagai protes terhadap kes rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih minggu lalu di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, timur India.

Kebanyakan protes yang diadakan pada Sabtu itu diketuai doktor dan pekerja kesihatan, disertai puluhan ribu rakyat India, menuntut diadakan tindakan segera, lapor Al Jazeera.

Hospital dan klinik di seluruh India berhenti menerima pesakit pada Sabtu, kecuali kes kecemasan apabila golongan profesional perubatan mulakan penutupan 24 jam bermula 6 pagi (00:30 GMT).

Pensyarah dari kolej perubatan dipanggil untuk menangani kes-kes kecemasan.

“Kami mahukan keadilan,” teriak penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di Kolkata untuk menuntut keadaan kerja dan layanan lebih baik bukan sahaja untuk pekerja kesihatan, tetapi juga untuk wanita secara amnya.

“Tangan yang menyembuhkan tidak seharusnya berdarah,” kata satu papan tanda yang ditulis dengan tangan.

Penemuan mayat doktor berusia 31 tahun yang berlumuran darah pada 9 Ogos di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar yang dikendalikan kerajaan telah mencetuskan protes di beberapa bandar di seluruh negara.

“Kami tidak merasa selamat.

“Jika ini berlaku di dalam hospital yang menjadi rumah kedua kami, di mana lagi kami boleh merasa selamat?” kata Antara Das, seorang pelajar perubatan yang turut menyertai protes di Kolkata.

Doktor dibunuh itu ditemui di dewan seminar hospital tempat belajarnya di mana dirinya bertugas selama 36 jam. Bedah siasat mengesahkan berlakunya serangan seksual.

Persatuan Perubatan India (IMA), kumpulan profesional perubatan terbesar di negara itu dengan 400,000 ahli, mengecam “jenayah kejam itu, isu kekurangan ruang selamat untuk wanita” dan berkata dalam satu kenyataan bahawa komuniti perubatan dan negara adalah “mangsa” dalam insiden itu.

Hospital dan klinik di Lucknow di utara negeri Uttar Pradesh, Ahmedabad di Gujarat barat, Guwahati di timur laut Assam dan Chennai di Tamil Nadu selatan serta bandar-bandar lain turut menyertai mogok itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *