Connect with us

Antarabangsa

Bulgaria haram propaganda pro-LGBT+ di sekolah

Parlimen Bulgaria mengundi dengan majoriti besar pada Rabu untuk melarang propaganda pro-LGBT+ disebarkan di sekolah di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Bulgaria mengundi dengan majoriti besar pada Rabu untuk melarang propaganda pro-LGBT+ disebarkan di sekolah di negara itu.
  • Pindaan dicadangkan parti sayap kanan pro-Russia, Vazrajdane itu memperoleh 159 undi dengan 22 menentang dan 13 berkecuali, lapor The Brussels Times.
  • Pindaan bermodelkan undang-undang Hungary yang menerima kritikan itu mengharamkan penggalakkan, orientasi seksual bukan tradisional dan identiti jantina yang berbeza daripada biologi.
  • Penggubal undang-undang mempertahankan kelulusan mudah undang-undang itu dengan mendakwa ia menangani “normalisasi orientasi seksual bukan tradisional yang tidak dapat diterima” yang kini menurut mereka, sedang dipromosikan.

Parlimen Bulgaria mengundi dengan majoriti besar pada Rabu untuk melarang propaganda pro-LGBT+ disebarkan di sekolah di negara itu.

Pindaan dicadangkan parti sayap kanan pro-Russia, Vazrajdane itu memperoleh 159 undi dengan 22 menentang dan 13 berkecuali, lapor The Brussels Times.

Pindaan bermodelkan undang-undang Hungary yang menerima kritikan itu mengharamkan penggalakkan, orientasi seksual bukan tradisional dan identiti jantina yang berbeza daripada biologi.

Penggubal undang-undang mempertahankan kelulusan mudah undang-undang itu dengan mendakwa ia menangani “normalisasi orientasi seksual bukan tradisional yang tidak dapat diterima” yang kini menurut mereka, sedang dipromosikan.

Bulgaria yang merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU) sedang mengalami ketidakstabilan politik yang serius, dengan rakyatnya dipanggil untuk mengundi pada musim luruh ini buat kali ketujuh sejak tahun 2021 kerana ketiadaan majoriti.

Di Hungary, perbincangan awam mengenai homoseksualiti di depan golongan bawah umur boleh dihukum dengan denda sejak musim panas 2021.

Pada akhir Jun, Parlimen Georgia turut melaksanakan larangan “propaganda LGBT+” yang menyerupai undang-undang digunakan di Russia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *