Connect with us

Terkini

UM dijangka tawar kursus pakar kardiotorasik Oktober ini – Zambry

Universiti Malaya (UM) dijangka menawarkan kursus latihan kepakaran kardiotorasik di institusi berkenaan Oktober ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
  • Menteri Pendidikan Tinggi  berkata ia bagi membolehkan graduan yang ingin mengikuti kursus berkenaan melanjutkan pelajaran di UM, yang dijangka turut ditawarkan oleh institusi lain selepas itu.
  • Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan institusi lain menawarkan kursus latihan pakar kardiotorasik bagi mengatasi isu kekurangan pakar kardiotorasik negara.
  • Menjawab soalan asal Ramkarpal yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976, Zambry berkata pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak masih diperlukan.

KUALA LUMPUR — Universiti Malaya (UM) dijangka menawarkan kursus latihan kepakaran kardiotorasik di institusi berkenaan Oktober ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ia bagi membolehkan graduan yang ingin mengikuti kursus berkenaan melanjutkan pelajaran di UM, yang dijangka turut ditawarkan oleh institusi lain selepas itu.

“…..di peringkat kementerian (Kementerian Pendidikan Tinggi), kita cuba cari pendekatan terbaik bagaimana kita mahu selesaikan masalah ini. Jadi Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, isu-isu seperti ini akan kita selesaikan dengan segera.

“Kita jangkakan pada Oktober nanti isu kursus berkaitan kardiotorasik ini akan dapat diselesaikan, maknanya ada laluan lain selain UiTM (Universiti Teknologi Mara), ada juga di universiti lain yang akan menawarkannya,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan institusi lain menawarkan kursus latihan pakar kardiotorasik bagi mengatasi isu kekurangan pakar kardiotorasik negara.

Menjawab soalan asal Ramkarpal yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976, Zambry berkata pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak masih diperlukan.                                                                                                         

Beliau berkata ia adalah usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam merapatkan jurang antara kaum, terutamanya yang melibatkan aspek sosio ekonomi.

Katanya laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 oleh Kementerian Ekonomi juga menunjukkan masih terdapat jurang ekonomi melibatkan Bumiputera dari segi purata pendapatan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga kerja mahir serta kelayakan profesional.

“…. penubuhan UiTM adalah sebagai respons terhadap kekurangan golongan profesional yang terlatih, terutama dalam kalangan kaum bumiputera di Malaysia yang rata-ratanya terlibat dalam sektor pekerjaan tidak mahir pada ketika itu (dulu).

“Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak-anak bumiputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sama ada dalam sektor awam mahupun dalam sektor industri sebagai keperluan dalam meningkatkan kualiti hidup serta mengubah nasib mereka di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Demo Rakyat Lawan Anwar’: 10 individu beri keterangan di IPD Putrajaya

Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’ (baju hitam tengah).
  • 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.
  • Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.
  • “Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” kata Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’.

KUALA LUMPUR — Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’, berkata dua individu lain yang dipanggil terdiri dari aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, BERSATU Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. 

Beliau berkata mereka diambil keterangan secara berasingan dan memberi kerjasama kepada polis.

“Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” katanya. 

Sembilan individu yang hadir ialah Tengku Intan Tengku Abdul Hamid; Siti Nuraliana Zulaikha Olivia; Mohd Zubir Embong; Nurpais Ismail; Lim Chue Har (Michelle Foo); Mohd Faizal Hassan; Shee Chee Weng (Alex) dan Dr Fathul Farisan Ab Rahman serta peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah dibuka susulan himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending