Connect with us

Terkini

Gerakan boikot berkaitan Israel tidak jejas ekonomi negara

Usaha atau gerakan boikot terutama ke atas perniagaan makanan dan minuman yang didakwa ada kaitan dengan Israel kurang memberi impak terhadap ekonomi negara secara langsung, namun mendatangkan sedikit kesan kepada sektor pekerjaan, kata Kementerian Ekonomi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Usaha atau gerakan boikot terutama ke atas perniagaan makanan dan minuman didakwa ada kaitan dengan Israel kurang memberi impak terhadap ekonomi negara secara langsung, namun mendatangkan sedikit kesan kepada sektor pekerjaan, kata Kementerian Ekonomi.
  • Ini berikutan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada KDNK adalah kecil iaitu 2.3 peratus pada 2023 dan 2.4 peratus pada suku pertama 2024.
  • “Meskipun gerakan boikot masih berterusan, Malaysia terus mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan iaitu 4.2 peratus pada suku pertama 2024 yang disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang berdaya tahan,” kata kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web rasmi Parlimen pada Selasa.
  • Bagaimanapun wujud peningkatan dari segi jumlah pekerja yang kehilangan kerja berdasarkan Laporan Employment Insurance System Perkeso.

KUALA LUMPUR — Usaha atau gerakan boikot terutama ke atas perniagaan makanan dan minuman yang didakwa ada kaitan dengan Israel kurang memberi impak terhadap ekonomi negara secara langsung, namun mendatangkan sedikit kesan kepada sektor pekerjaan, kata Kementerian Ekonomi.

Ini berikutan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil iaitu 2.3 peratus pada 2023 dan 2.4 peratus pada suku pertama 2024.

Kementerian itu berkata kecenderungan pengguna untuk beralih kepada produk perniagaan jenama tempatan juga dapat mengimbangi impak berkenaan seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.

“Meskipun gerakan boikot masih berterusan, Malaysia terus mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan iaitu 4.2 peratus pada suku pertama 2024 yang disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang berdaya tahan,” kata kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web rasmi Parlimen pada Selasa.

Bagaimanapun, Kementerian Ekonomi berkata wujud peningkatan dari segi jumlah pekerja yang kehilangan kerja berdasarkan Laporan Employment Insurance System oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Bagi tempoh Januari-Mei 2024, seramai 22,315 pekerja telah kehilangan pekerjaan berbanding 18,026 untuk tempoh sama pada 2023 yang membabitkan peningkatan sebanyak 23.8 peratus.

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,091 pekerja atau 4.9 peratus adalah bagi pekerja sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan.

Kementerian Ekonomi berkata seramai 583 pekerja atau 50.7 peratus kehilangan pekerjaan yang dilaporkan pula berpunca daripada penutupan dan pengecilan saiz perniagaan.

“Data kehilangan pekerjaan ini adalah secara umum serta tidak menjurus kepada sektor makanan dan minuman sahaja,” katanya.– BERNAMA/Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending