Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Syeikh ‘halau’ trak Pepsi di Lubnan

Seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan kerana menurutnya jenama minuman itu bersekongkol dengan rejim Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan.

Seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan kerana menurutnya jenama minuman itu bersekongkol dengan rejim Israel.

Dikenali sebagai Syeikh Araji dalam video tular di media sosial, lelaki itu dilihat menghalang pekerja Pepsi menurunkan produknya dan memberi amaran supaya syarikat itu tidak lagi memasuki kawasan Bar Elias, sebuah bandar di Lembah Bekaa.

“Di Bar Elias, tiada Pepsi! Entiti zionis Israel dilarang masuk sini! Pergi dan beritahu syarikat kamu bahawa di Bar Elias, jangan kamu masuk atau ia akan dibakar. Allah bersama kamu (beredar sekarang)!

“(Barangan) Ini atau selainnya, (semuanya tak boleh). Inilah syarikat Pepsi. Di Bar Elias, kami halaunya keluar.

“Ia (merujuk Pepsi) menyokong entiti zionis Israel, dan dengan jelas mencetak bendera Isreal atas produknya.

“Kalau kerajaan Lubnan tak menurunkan syarikat ini, mereka bersubahat dengan jenayahnya, inilah harga peluru digunakan untuk membunuh orang kita di Palestin,” kata Syeikh Araji.

Beliau turut mempersoalkan pendirian warga Arab apabila Perancis yang dikenali sebagai negara penghina Rasullullah SAW turut bertindak memulaukan negara rejim zionis itu.

“Malah Perancis pun halang Israel sertai ekspo senjata walhal (dia) negara nombor satu penghina Nabi kita! Apa lagi yang kamu mahu? Kamu Arab!” katanya kepada orang ramai. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending