Terkini
Lelaki Islam pikat isteri orang untuk seks boleh didakwa di Mahkamah Syariah – Peguam
Lelaki Islam memikat wanita Islam sudah berkahwin untuk melakukan hubungan seks boleh didakwa menggunakan enakmen jenayah syariah negeri, kata peguam, Fahri Azzat.
- Lelaki Islam memikat wanita Islam sudah berkahwin untuk melakukan hubungan seks boleh didakwa menggunakan enakmen jenayah syariah negeri, kata peguam, Fahri Azzat.
- Perkara itu terhad kepada wanita Islam kerana mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas individu bukan Islam.
- Fahri berkata, kesalahan itu termasuk memikat wanita atau wanita berkahwin, khalwat (lelaki dan wanita yang belum berkahwin bersama di tempat terpencil), zina (persetubuhan antara lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah), cubaan zina dan menghasut pasangan bercerai.
- “Undang-undang peribadi ini tidak terjejas kerana Perkara 8(5) Perlembagaan Persekutuan mengecualikannya daripada peruntukan tanpa diskriminasi dalam Perkara 8(2),” katanya dipetik FMT, semalam.
- Beliau mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.
KUALA LUMPUR – Lelaki Islam memikat wanita Islam sudah berkahwin untuk melakukan hubungan seks boleh didakwa menggunakan enakmen jenayah syariah negeri, kata peguam, Fahri Azzat.
Bagaimanapun, perkara itu terhad kepada wanita Islam kerana mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas individu bukan Islam.
Fahri berkata, kesalahan itu termasuk memikat wanita atau wanita berkahwin, khalwat (lelaki dan wanita yang belum berkahwin bersama di tempat terpencil), zina (persetubuhan antara lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah), cubaan zina dan menghasut pasangan bercerai.
“Lelaki Islam tidak terkecuali daripada siasatan dan pendakwaan oleh pihak berkuasa agama Islam.
“Undang-undang peribadi ini tidak terjejas kerana Perkara 8(5) Perlembagaan Persekutuan mengecualikannya daripada peruntukan tanpa diskriminasi dalam Perkara 8(2),” katanya dipetik FMT, semalam.
Fahri berkata setiap negeri dalam persekutuan mempunyai enakmen jenayah berhubung perkara itu, susulan Islam di bawah bidang kuasa negeri.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara dilaporkan berkata panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Seksyen 498 hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan itu dengan mengenepikan semua hak isteri. Oleh itu ini adalah diskriminasi atas alasan jantina sahaja.
“Hakikat bahawa inilah isu sebenarnya, diterangkan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan bahawa ‘Tiada mahkamah boleh melihat ada kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, kecuali atas aduan yang dibuat oleh suami kepada perempuan itu,” kata Tengku Maimun. — The Merdeka Times