Antarabangsa
Mahkamah Tinggi Gujarat tolak permohonan haramkan azan
Mahkamah Tinggi Gujarat pada Selasa lalu mengenepikan Litigasi Kepentingan Awam (PIL) mengharamkan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di masjid, mengenepikan permohonan itu atas alasan “salah faham secara total”.
- Mahkamah Tinggi Gujarat pada Selasa lalu mengenepikan Litigasi Kepentingan Awam (PIL) mengharamkan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di masjid, mengenepikan permohonan itu atas alasan “salah faham secara total”.
- Outlook India melaporkan panel hakim iaitu Ketua Hakim Negara Sunita Agarwal dan Hakim Aniruddha P Mayee turut mempertanyakan pempetisyen sama ada bunyi loceng dan gong dalam perayaan ‘aarti’ di kuil, tidak didengari mereka yang berada di luar.
- Petisyen difailkan Ketua Bajrang Dal, Shaktisinh Zala yang menuntut ‘pencemaran bunyi’ disebabkan laungan azan melalui pembesar suara memberi kesan kepada ramai, terutamanya kesihatan kanak-kanak dan menyebabkan ketidakselesaan ramai.
- Mahkamah tinggi itu turut menyatakan petisyen tersebut tidak mempunyai asas yang saintifik.
Mahkamah Tinggi Gujarat pada Selasa lalu mengenepikan Litigasi Kepentingan Awam (PIL) mengharamkan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di masjid, mengenepikan permohonan itu atas alasan “salah faham secara total”.
Outlook India melaporkan panel hakim iaitu Ketua Hakim Negara Sunita Agarwal dan Hakim Aniruddha P Mayee turut mempertanyakan pempetisyen sama ada bunyi loceng dan gong dalam perayaan ‘aarti’ di kuil, tidak didengari mereka yang berada di luar.
Petisyen difailkan Ketua Bajrang Dal Shaktisinh Zala, menuntut ‘pencemaran bunyi’ disebabkan laungan azan melalui pembesar suara memberi kesan kepada ramai, terutamanya kesihatan kanak-kanak, dan menyebabkan ketidakselesaan ramai.
Mahkamah tinggi itu turut menyatakan petisyen tersebut tidak mempunyai asas yang saintifik.
“Kami gagal memahami bagaimana suara azan manusia melalui pembesar suara di pagi hari boleh mencapai (paras) desibel sehingga menyebabkan pencemaran bunyi, sehingga membahayakan kesihatan orang ramai secara keseluruhan.
“Kami tidak akan melayan PIL seperti ini. Ia adalah kepercayaan dan amalan yang telah berterusan selama bertahun-tahun, dan ia (mengambil masa) sekitar 5-10 minit. Di kuil kamu, “aarti” (ibadat) pagi dengan gendang dan muzik juga bermula seawal 3 pagi. Begitu juga ia tidak mengganggu sesiapa?
“Bolehkah kamu katakan bunyi ghanta (loceng) dan ghadiyal (gong) kekal (bunyinya) di dalam premis kuil sahaja dan tidak keluar dari kuil?” tanya mahkamah kepada peguam pempetisyen.
Mahkamah juga menyatakan ada kaedah saintifik untuk mengukur pencemaran bunyi, tetapi pempetisyen tidak memberikan data yang menunjukkan azan selama sepuluh minit itu menyebabkan pencemaran bunyi.
Sumber: Outlook India