Connect with us

Terkini

Didakwa senada rancangan Israel pindah penduduk Gaza ke Sinai, GSPP tuntut penjelasan PMX

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mempersoalkan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa senada dengan rancangan rejim Israel untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke Semenanjung Sinai.

Hidayah Sani

Published

on

Didakwa senada rancangan Israel pindah penduduk Gaza ke Sinai GSPP tuntut penjelasan PMX
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mempersoalkan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa senada dengan rancangan rejim Israel untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke Semenanjung Sinai.
  • Gabungan itu berkata sekiranya dakwaan itu benar sebagaimana disebut Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat sebelum ini, maka kerajaan perlu menjelaskannya.
  • Antara penjelasan dituntut adalah di pihak manakah sebenarnya Malaysia berada di dalam konflik Palestin-Israel dan atas alasan apakah Malaysia menyokong supaya Gaza dikosongkan. 
  • “(ketiga) Kalau ini bukan kenyataan rasmi kerajaan, kenapa ‘simpan’ orang jenis bercakap tak fikir dulu seperti Saifudin?” kata gabungan itu dalam hantaran di Telegram hari ini.
  • GSPP turut memuat naik klip video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata isu pokok kepada Palestin adalah mengeluarkan rakyatnya dari tanah Gaza yang sedang dikepung dan perkara itu dilakukan Perdana Menteri ketika ini.
  • Media Israel dilapor mendedahkan tentera Zionis kini dalam perancangan untuk memindahkan penduduk awam di Gaza ke Semenanjung Sinai selepas perang bagi membolehkan mereka menawan wilayah konflik itu.

KUALA LUMPUR — Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mempersoalkan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa senada dengan rancangan rejim Israel untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke Semenanjung Sinai.

Gabungan itu berkata sekiranya dakwaan itu benar sebagaimana disebut Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat sebelum ini, maka kerajaan perlu menjelaskannya.

Antara penjelasan dituntut adalah di pihak manakah sebenarnya Malaysia berada di dalam konflik Palestin-Israel dan atas alasan apakah Malaysia menyokong supaya Gaza dikosongkan. 

“Idea PMX senada dengan rancangan Israel untuk memindahkan rakyat Gaza ke Sinai?

“Jika benar apa yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri, kerajaan perlu jawab soalan ini: (pertama) Malaysia berada di pihak mana sebenarnya; Israel atau Palestin?, (kedua) Atas alasan apa Malaysia menyokong Gaza dikosongkan?.

“(ketiga) Kalau ini bukan kenyataan rasmi kerajaan, kenapa ‘simpan’ orang jenis bercakap tak fikir dulu seperti Saifudin?” kata gabungan itu dalam hantaran di Telegram di sini hari ini.

GSPP turut memuat naik klip video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata isu pokok kepada Palestin adalah mengeluarkan rakyatnya dari tanah Gaza yang sedang dikepung dan perkara itu dilakukan Perdana Menteri ketika ini.

Foto : Poster dimuat naik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Facebook

Mengulas kenyataan itu, GSPP menegaskan kerajaan perlu membuat penjelasan dan pengesahan terhadap kenyataan menteri terbabit.

“Jika benar itu dikatakan, jangan sampai rakyat Malaysia menuduh kerajaan mengkhianati perjuangan 75 tahun rakyat Palestin,” kata GSPP.

Terbaharu, media Israel dilapor mendedahkan tentera Zionis kini dalam perancangan untuk memindahkan penduduk di Gaza ke Semenanjung Sinai selepas perang bagi membolehkan mereka menawan wilayah konflik itu.

Perkara itu didedahkan menerusi satu dokumen yang mengandungi usul untuk memindahkan kesemua penduduk Gaza ke ‘bandar khemah’ buat sementara waktu sebelum berpindah ke bandar tetap yang dibangunkan di kawasan Sinai Utara.

Usul tersebut yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu turut mengandungi perancangan untuk menubuhkan zon penampan beberapa kilometer di dalam Mesir yang menyaksikan penduduk Gaza tidak boleh keluar dari kawasan tersebut. 

Kementerian Perisikan Israel mengesahkan kewujudan dokumen tersebut, namun menurut seorang pegawai, ia mungkin tidak akan dilaksanakan. 

GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif seragam dalam memperjuangkan pembebasan mutlak warga Palestin dari penjajahan rejim haram Israel.— The Merdeka Times

Sumber : Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Australia haramkan jual vape luar farmasi

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.
  • Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.
  • Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.
  • Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.
  • Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan.

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.

Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.

Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.

Pembaharuan terbaharu ini dilakukan selepas undang-undang pada Mac melarang pengimportan vape kecuali pengimport dengan lesen dan permit.

“Itu hanya fasa pertama dalam rancangan kerajaan.

“Kita memerlukan larangan penjualan runcit ini untuk memastikan undang-undang ini benar-benar berkesan dan untuk membolehkan penguatkuasaan,” kata Pakar kawalan tembakau di Universiti Sydney, Prof Becky Freeman kepada Guardian Australia.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan perniagaan yang menjual vape, bukan penggunanya.

Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending