Connect with us

Antarabangsa

Lelaki gay positif cacar monyet, Covid-19, HIV serentak

Seorang lelaki dari Itali melakukan hubungan seks sejenis diuji oleh para saintis dan didapati positif cacar monyet, Covid-19 dan virus kurang imun (HIV) secara serentak di mana ia merupakan kes pertama dilaporkan berlaku.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki gay positif cacar monyet, Covid-19, HIV serentak
Foto: Virus 3 serangkai, cacar monyet, HIV dan Covid-19.
  • Ia diuji oleh para saintis dan merupakan kes pertama dilaporkan berlaku.
  • Lelaki, 36, mula mengalami beberapa gejala termasuk keletihan, demam dan sakit tekak, sembilan hari selepas pulang dari Sepanyol di mana dia menghabiskan lima hari di Sepanyol dari 16 hingga 20 Jun lalu, dan melakukan hubungan seks sejenis tanpa perlindungan.
  • 2 Julai lalu, dia diuji positif Covid-19 sebelum pada 5 Julai vesikel mula merebak dan menjadi ‘pustula’ (benjol bernanah pada kulit). 
  • Dia kemudian diuji positif cacar monyet sebelum disahkan dijangkiti HIV-1 setelah menjalani beberapa ujian saringan penyakit kelamin.

ROM – Seorang lelaki dari Itali melakukan hubungan seks sejenis diuji oleh para saintis dan didapati positif cacar monyet, Covid-19 dan virus kurang imun (HIV) secara serentak di mana ia merupakan kes pertama dilaporkan berlaku.

Awal tahun ini, lelaki berusia 36 tahun itu mula mengalami beberapa gejala termasuk keletihan, demam dan sakit tekak, sembilan hari selepas pulang dari Sepanyol.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu menghabiskan lima hari di Sepanyol dari 16 hingga 20 Jun lalu, di mana dia melakukan hubungan seks sejenis tanpa perlindungan.

Pada 2 Julai lalu, dia diuji positif Covid-19, demikian menurut laporan kajian kes yang diterbitkan dalam Journal of Infection.

Waktu petang pada hari yang sama, gejala ruam mula menular pada lengan kirinya dengan keesokan harinya, vesikel kecil dan menyakitkan yang dikelilingi oleh ruam muncul pada tubuh, bahagian bawah badan, muka dan punggungnya.

Menjelang 5 Julai, vesikel itu mula merebak dan menjadi ‘pustula’ (benjol bernanah pada kulit). Lelaki berkenaan pergi ke jabatan kecemasan sebuah hospital dan kemudian dipindahkan ke unit Penyakit Berjangkit.

Dia kemudian diuji positif cacar monyet sebelum disahkan dijangkiti HIV-1 setelah menjalani beberapa ujian saringan penyakit kelamin.

Para penyelidik berkata bahawa berdasarkan kiraan CD4 pesakit tersebut (ukuran sistem imun), jangkitan itu diandaikan agak baharu.

Selepas pulih daripada Covid-19 dan cacar monyet, dia dibenarkan keluar dari hospital pada 11 Julai lalu dan dihantar pulang untuk dikuarantin. 

Pada 24 Julai, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.

Tidak lama selepas itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis mengehadkan bilangan pasangan mereka berikutan peningkatan mendadak kes ­cacar monyet.

Ini berikutan, satu kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendapati 98 peratus individu yang dijangkiti merupakan lelaki gay atau biseksual, manakala 95 peratus kes berjangkit melalui hubungan seks.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *