Antarabangsa
Konflik Palestin-Israel: Laporan media tempatan bahasa Mandarin ‘berat sebelah’
Media tempatan berbahasa Mandarin di negara ini dilihat bersikap ‘berat sebelah’ dalam melaporkan isu konflik Palestin-Israel.
- Media tempatan berbahasa Mandarin di negara ini dilihat bersikap ‘berat sebelah’ dalam melaporkan isu konflik Palestin-Israel.
- Pihak terbabit mula melaporkan pertempuran antara Palestin dan Israel sejak 7 Oktober lalu selepas pejuang Hamas berjaya memasuki wilayah Palestin yang dijajah rejim Israel.
- Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat media berbahasa Mandarin yang membuat laporan berat sebelah dengan menampakkan Israel sebagai mangsa.
- Selain itu, Hamas dirujuk sebagai kumpulan pengganas seperti dilaporkan majoriti media barat.
Media tempatan berbahasa Mandarin di negara ini dilihat bersikap ‘berat sebelah’ dalam melaporkan isu konflik Palestin-Israel.
Pihak terbabit mula melaporkan pertempuran antara Palestin dan Israel sejak 7 Oktober lalu selepas pejuang Hamas berjaya memasuki wilayah Palestin yang dijajah rejim Israel.
Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat media berbahasa Mandarin yang membuat laporan berat sebelah dengan menampakkan Israel sebagai mangsa.
Selain itu, Hamas dirujuk sebagai kumpulan pengganas seperti dilaporkan majoriti media barat.
“The Times of Israel berkata, ‘pengganas Palestin’ di Lembah Gaza melancarkan serangan roket besar-besaran ke kawasan selatan tengah Israel…” lapor China Press pada 7 Oktober lalu.
Pada 8 Oktober lalu, China Press melaporkan sebuah berita bertajuk “Rakyat Israel di luar negara segera tempah tiket kapal terbang untuk pulang selamatkan negara”.
“Wanita kacukan Israel-China diculik, jerit ‘jangan bunuh saya’,” lapor Oriental Daily pada 9 Oktober lalu.
Majoriti netizen pula meninggalkan tanda like yang menyokong rejim zionis Israel di ruangan komen dan melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.
Malah ada dalam kalangan mereka menggalakkan Israel melancarkan serangan ke atas warga Palestin. – The Merdeka Times