Connect with us

Terkini

83 peratus setuju kebolehan bertutur Bahasa Kebangsaan ciri penting identiti Malaysia – Tinjauan

83 peratus warga Malaysia berpandangan antara elemen terpenting untuk berkongsi identiti kebangsaan adalah individu itu boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan, demikian hasil tinjauan Pew Research Center.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

83 peratus warga Malaysia berpandangan antara elemen terpenting untuk berkongsi identiti kebangsaan adalah individu itu boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan, demikian hasil tinjauan Pew Research Center.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 83 peratus warga Malaysia berpandangan antara elemen terpenting berkongsi identiti kebangsaan adalah individu itu boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan, demikian hasil tinjauan Pew Research Center.
  • Ia antara tiga elemen teratas untuk berkongsi identiti kebangsaan dalam tinjauan itu selepas menghormati institusi dan undang-undang negara dengan 90 peratus markah menduduki tangga pertama tinjauan, diikuti keperluan untuk bersikap sopan dan mesra dengan skor 88 peratus.
  • Laporan hasil tinjauan Pew Research Center membabitkan responden di enam negara di Asia iaitu Thailand, Kemboja, Singapura, Sri Lanka, Malaysia dan Indonesia itu, diterbitkan semalam.
  • Di kedudukan keempat adalah seseorang individu itu perlu bersedia menyokong Malaysia apabila ada individu lain mengkritik negara dengan skor 79 peratus, dilahirkan di Malaysia pada 75 peratus, manakala 69 peratus berkata menjadi sebahagian daripada kumpulan etnik utama adalah sangat penting untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.
  • Di Malaysia, seramai 1,999 individu dewasa terbabit dalam tinjauan melalui temu bual telefon dengan bantuan komputer menggunakan telefon bimbit itu dari 1 Jun hingga 9 Ogos 2022 dalam bahasa Cina, Inggeris dan Melayu.

KUALA LUMPUR — 83 peratus warga Malaysia berpandangan antara elemen terpenting untuk berkongsi identiti kebangsaan adalah individu itu boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan, demikian hasil tinjauan Pew Research Center.

Ia antara tiga elemen teratas untuk berkongsi identiti kebangsaan dalam tinjauan itu selepas menghormati institusi dan undang-undang negara dengan 90 peratus markah menduduki tangga pertama tinjauan, diikuti keperluan untuk bersikap sopan dan mesra dengan skor 88 peratus.

Laporan hasil tinjauan Pew Research Center membabitkan responden di enam negara di Asia iaitu Thailand, Kemboja, Singapura, Sri Lanka, Malaysia dan Indonesia itu, diterbitkan semalam.

Di tangga keempat adalah seseorang individu itu perlu bersedia menyokong Malaysia apabila ada individu lain mengkritik negara dengan skor 79 peratus, dilahirkan di Malaysia pada 75 peratus, manakala 69 peratus berkata menjadi sebahagian daripada kumpulan etnik utama adalah sangat penting untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Responden tinjauan itu turut ditanya sama ada menjadi seorang Muslim adalah penting untuk benar-benar berkongsi identiti nasional dengan 67 peratus menjawab bersetuju dengan perkara itu.

Sementara itu, Indonesia meraih peratusan paling tinggi di mana responden negara itu berpandangan Bahasa Kebangsaan adalah sifat yang penting untuk benar-benar berkongsi identiti kebangsaan dengan jumlah skor 89 peratus.

Manakala hanya 27 peratus responden dari Singapura berpandangan Bahasa Kebangsaan adalah penting dalam perkara terbabit.

Di Malaysia, seramai 1,999 individu dewasa terbabit dalam tinjauan melalui temu bual telefon dengan bantuan komputer menggunakan telefon bimbit itu dari 1 Jun hingga 9 Ogos 2022 dalam bahasa Cina, Inggeris dan Melayu. — The Merdeka Times

Sumber: Pew Research

Author