Connect with us

Antarabangsa

Larangan pemakaian ‘abaya’ di sekolah ditentang, utara Perancis saksikan protes

Sekumpulan individu mengadakan protes di bandar utara Perancis, Trappes, pada Jumaat lalu, bagi menentang larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah oleh pelajar Muslim di sekolah. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan pemakaian ‘abaya’ di sekolah ditentang, utara Perancis saksikan protes
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan individu mengadakan protes di bandar utara Perancis, Trappes, pada Jumaat lalu, bagi menentang larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah oleh pelajar Muslim di sekolah. 
  • Kumpulan pembantah itu, termasuk beberapa pelajar dari sekolah perempuan, membawa sepanduk “Don’t Touch My Abaya Community” di hadapan Sekolah Tinggi La Plaine de Neauphle, sehari selepas mahkamah tertinggi di Perancis meluluskan larangan kerajaan terhadap pemakaian abaya di sekolah.
  • Sambil melaungkan slogan menentang larangan itu, pemprotes menyeru supaya diskriminasi terhadap Muslim dan Islamofobia di Perancis dihentikan. Mereka turut membacakan kenyataan yang menyifatkan larangan abaya sebagai ‘anti-Muslim’.
  • Menurut kenyataan itu, larangan memakai abaya melanggar kebebasan dan Kerajaan Perancis sepatutnya melarang ucapan kebencian dan anti-Muslim.
  • Mahkamah tertinggi Perancis, Dewan Negeri, pada Khamis lalu memutuskan larangan pemakaian abaya terhadap pelajar sekolah oleh kerajaan adalah sah, sekaligus menolak rayuan kumpulan hak asasi Muslim terhadap larangan itu yang diumumkan bulan lalu. 

Sekumpulan individu mengadakan protes di bandar utara Perancis, Trappes, pada Jumaat lalu, bagi menentang larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah oleh pelajar Muslim di sekolah. 

Kumpulan pembantah itu, termasuk beberapa pelajar dari sekolah perempuan, membawa sepanduk “Don’t Touch My Abaya Community” di hadapan Sekolah Tinggi La Plaine de Neauphle, sehari selepas mahkamah tertinggi di Perancis meluluskan larangan kerajaan terhadap pemakaian abaya di sekolah.

Sambil melaungkan slogan menentang larangan itu, pemprotes menyeru supaya diskriminasi terhadap Muslim dan Islamofobia di Perancis dihentikan. Mereka turut membacakan kenyataan yang menyifatkan larangan abaya sebagai ‘anti-Muslim’.

Menurut kenyataan itu, larangan memakai abaya melanggar kebebasan dan Kerajaan Perancis sepatutnya melarang ucapan kebencian dan anti-Muslim. 

Feiza Bousaid, ibu kepada salah seorang pelajar sekolah menengah yang menyertai protes itu, berkata ramai pihak yang menentang larangan tersebut. 

“Mereka (kerajaan) mahu mendidik anak-anak tetapi mereka tidak boleh memaksa anak-anak memakai seperti yang mereka (kerajaan) mahukan,” kata Bousaid kepada agensi berita Anadolu.

Larangan memakai abaya memberi tekanan kepada gadis-gadis muda, kata individu yang hanya ingin dikenali sebagai Mariam.

“Perkara ini sangat menyedihkan, pada 2023 kita masih berbicara mengenai isu seperti ini,” katanya.

Mahkamah tertinggi Perancis, Dewan Negeri, pada Khamis lalu memutuskan larangan pemakaian abaya terhadap pelajar sekolah oleh kerajaan adalah sah, sekaligus menolak rayuan kumpulan hak asasi Muslim terhadap larangan itu yang diumumkan bulan lalu. 

Mahkamah menyatakan bahawa larangan pemakaian abaya itu tidak mendiskriminasi penganut Islam.

Sumber: Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *