Connect with us

Terkini

Gangguan seksual pensyarah : “Universiti sedang laksana siasatan,” – Timbalan Rektor Akademik UiTM Johor

Susulan isu gangguan seksual melibatkan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat sewaktu dihubungi TMT memaklumkan pihak mereka telah memulakan tindakan mengikut proses perundangan UiTM.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Puti Iylia Maisarah

Published

on

Gangguan seksual pensyarah
Foto: Berita terdahulu berikutan isu gangguan seksual melibatkan pensyarah UiTM Cawangan Johor.
  • Pihak Universiti mengambil maklum dan telahpun memulakan tindakan mengikut proses perundangan yang terpakai di UiTM.
  • TMT juga turut menghubungi Balai Polis Johor, Tangkak namun masih belum mendapat sebarang perkembangan terbaru mengenai kes tersebut.
  • Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021 yang diluluskan Dewan Rakyat merupakan satu perlindungan mangsa seksual yang jelas melanggar hak asasi manusia.

KUALA LUMPUR –  Susulan isu gangguan seksual melibatkan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat sewaktu dihubungi TMT memaklumkan pihak mereka telah memulakan tindakan mengikut proses perundangan UiTM.

Timbalan Rektor Akademik UiTM, Prof. Madya Dr. Akmal Aini Othman berkata pihak universiti masih dalam proses menyelesaikan isu terbabit.

“Pihak UiTM ambil maklum mengenai perkara ini dan telahpun memulakan tindakan mengikut proses perundangan yang terpakai di UiTM,” katanya kepada TMT. 

TMT turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak namun masih belum mendapat sebarang perkembangan terbaru mengenai kes tersebut. 

Terdahulu, Farah Azuin, 23, (mangsa) membuat ciapan di media sosial mengenai perlakuan seorang pensyarahnya yang melakukan gangguan seksual ke atas dirinya dengan memberi kertas kaji selidik mengenai kesedaran seks dalam kalangan pelajar dan menjadikan beliau sebagai responden.

Menurut Farah, pihaknya terpaksa berkongsi kisahnya di Twitter berikutan laporan yang dibuat ke pihak universiti & polis  setahun lalu tidak mendapat sebarang reaksi serta tindakan.

Untuk rekod, Dewan Rakyat juga telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021 (AGS 2021) pada 20 Julai lalu.

RUU yang diperjuangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menubuhkan Tribunal Antigangguan Seksual sebagai manifestasi penting untuk membawa kesalahan gangguan seksual yang jelas melanggar hak asasi manusia dan merupakan suatu bentuk keganasan berasaskan gender. 

Berdasarkan tinjauan YouGov Omnibus yang dilancar 2019, seramai 1,002 orang rakyat Malaysia yang melibatkan satu pertiga atau 36 peratus wanita Malaysia mengalami gangguan seksual. 

Bukan sahaja institusi pendidikan malah institusi kemanusian juga perlu sentiasa dipelihara dalam memastikan jenayah atau ‘predator seksual’ tidak mendapat tempat dalam masyarakat yang sudah semestinya akan menganggu gugat keharmonian dan keselamatan diri mangsa. – The Merdeka Times. 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *