Antarabangsa
Google bebas daripada saman 21 juta pengguna
Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan membebaskan Google daripada tindakan saman yang diambil oleh 21 juta pengguna kerana dikenakan bayaran berlebihan.

- Hakim Amerika Syarikat (AS) membebaskan Google daripada tindakan saman yang diambil 21 juta pengguna kerana dikenakan bayaran berlebihan.
- Syarikat gergasi media sosial itu didakwa melanggar undang-undang perlindungan pengguna Persekutuan, dengan mengenakan bayaran berlebihan di gedung aplikasi Google Play.
- Keputusan Hakim Daerah AS, James Donato di San Francisco semalam dijangka boleh mengurangkan bebanan Google, yang dimiliki Alphabet, ke atas pengedaran aplikasi mudah alih Android.
- Hakim Donato berkata beliau tidak dapat mengesahkan saman kelas itu serta-merta kerana Google merayu terhadap perintah dikeluarkannya pada November.
- Tindakan saman kelas itu merangkumi pengguna dari 12 negeri AS dan lima wilayah lain, dan bukan sebahagian daripada kes sama terhadap Google yang difailkan oleh pelbagai pendakwa raya peringkat negeri.
NEW YORK: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan membebaskan Google daripada tindakan saman yang diambil oleh 21 juta pengguna kerana dikenakan bayaran berlebihan.
Syarikat gergasi media sosial itu didakwa melanggar undang-undang perlindungan pengguna Persekutuan, dengan mengenakan bayaran berlebihan di gedung aplikasi Google Play.
Keputusan oleh Hakim Daerah AS, James Donato di San Francisco semalam dijangka boleh mengurangkan bebanan Google, yang dimiliki Alphabet, ke atas pengedaran aplikasi mudah alih Android.
Pengguna sebelum ini mendakwa mereka hanya perlu membayar kadar lebih rendah untuk aplikasi dan menikmati pelbagai pilihan yang diperluaskan tetapi akses itu dihadkan selepas Google dituduh mengamalkan monopoli, namun dinafikan syarikat itu.
Donato berkata, perintah pensijilan kelas November 2022 yang dikeluarkannya juga harus dibatalkan susulan keputusan barunya semalam, tidak membenarkan seorang ahli ekonomi memberi keterangan sebagai saksi pakar mewakili pengguna, sekali gus menghapuskan ‘elemen penting’ hujah mereka untuk pensijilan.
Hakim Donato berkata beliau tidak dapat mengesahkan saman kelas itu serta-merta kerana Google merayu terhadap perintah yang dikeluarkannya pada November.
Malah, beliau turut mengarahkan peguam mewakili Google dan pengguna cuba menyelesaikan isu itu sebelum perbicaraan seterusnya pada 7 September.
Tindakan saman kelas itu merangkumi pengguna dari 12 negeri AS dan lima wilayah lain, dan bukan sebahagian daripada kes sama terhadap Google yang difailkan oleh pelbagai pendakwa raya peringkat negeri.
Tindakan saman kelas membolehkan plaintif menyaman sebagai satu kumpulan dan berkemungkinan memperoleh pampasan yang lebih besar pada kos yang lebih rendah, berbanding jika mereka terpaksa menyaman secara individu.
Ketika dihubungi, peguam mewakili pengguna tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen manakala Google dan peguamnya juga tidak memberi maklum balas.
Kes itu adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang perlindungan pengguna yang merangkumi 38 negeri dan daerah Columbia, serta syarikat merangkumi Epic Games dan Match Group. – REUTERS
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login