Teknologi
Sektor pendidikan perlu berubah seiring perkembangan STEM, bertepatan IR4.0 – Chang
Sektor pendidikan perlu berubah dan lebih fokus seiring perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mampu menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
- Sektor pendidikan perlu berubah dan lebih fokus seiring perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mampu menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
- Beliau berkata hal ini kerana pada masa kini, sistem pendidikan negara berdepan cabaran menghasilkan sumber manusia memiliki kemahiran sesuai revolusi berkenaan.
- “Suatu perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dan berkait dengan perkembangan STEM ialah IR4.0. Revolusi ini berorientasikan transformasi digital dalam pembangunan mesin dan proses bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
- “Bagi berdepan dengan cabaran ini, bidang pendidikan perlu berubah, perkara ini bertepatan dengan sektor pekerjaan pada masa hadapan yang lebih luas, cepat dan saling berhubungan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutupan STEM Evolution peringkat negeri 2023 di sini hari ini.
SEREMBAN — Sektor pendidikan perlu berubah dan lebih fokus seiring perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mampu menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Beliau berkata hal ini kerana pada masa kini, sistem pendidikan negara berdepan dengan cabaran untuk menghasilkan sumber manusia yang memiliki kemahiran sesuai dengan revolusi berkenaan.
“Suatu perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dan berkait dengan perkembangan STEM ialah IR4.0. Revolusi ini berorientasikan transformasi digital dalam pembangunan mesin dan proses bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
“Justeru, bagi berdepan dengan cabaran ini, bidang pendidikan perlu berubah, perkara ini bertepatan dengan sektor pekerjaan pada masa hadapan yang lebih luas, cepat dan saling berhubungan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutupan STEM Evolution peringkat negeri 2023 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah Yew Boon Lye.
Chang berkata generasi muda juga perlu disiapsiagakan dengan kedinamikan ilmu, kemahiran dan keunggulan karakter yang kuat untuk menempuh cabaran masa hadapan yang sangat rumit.
Dalam pada itu, beliau berkata program STEM Evolution yang sudah memasuki tahun ketiga dianjurkan itu sangat relevan dalam menyokong agenda inovasi negara selain platform menyuburkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan anak muda.
“Diharapkan program seumpama ini diperbanyak pada masa hadapan. Saya percaya, pelbagai acara dalam pertandingan ini memberi peluang dan ruang kepada peserta dan semua yang hadir untuk mengukuhkan pendidikan STEM seperti Drone Challenge, Young Roboticists Challenge dan STEM Decathlon Challenge,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama