Antarabangsa
Insiden pembakaran al-Quran, perikatan masyarakat sivil menentang Islamofobia dicadang
Susulan insiden pembakaran kitab suci al-Quran yang berterusan, masyarakat dunia dicadang membentuk perikatan masyarakat sivil bagi menentang Islamofobia.
- Susulan insiden pembakaran kitab suci al-Quran yang berterusan, masyarakat dunia dicadang membentuk perikatan masyarakat sivil bagi menentang Islamofobia.
- Cadangan itu diutarakan Pengarah Forum Bahrain untuk Hak Asasi Manusia, Baqer Darwish pada persidangan dalam talian yang diadakan untuk membincangkan insiden pencemaran al-Quran dari sudut hak asasi manusia.
- Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA) semalam mengadakan webinar bertajuk “Melihat Penodaan Al-Quran dari Pandangan Hak Asasi Manusia Antarabangsa”.
- Tiada undang-undang antarabangsa, termasuk yang berkaitan dengan hak asasi manusia, membenarkan jenayah ini berlaku, kata aktivis Bahrain itu dipetik portal IQNA.
Susulan insiden pembakaran kitab suci al-Quran yang berterusan, masyarakat dunia dicadang membentuk perikatan masyarakat sivil bagi menentang Islamofobia.
Cadangan itu diutarakan Pengarah Forum Bahrain untuk Hak Asasi Manusia, Baqer Darwish pada persidangan dalam talian yang diadakan untuk membincangkan insiden pencemaran al-Quran dari sudut hak asasi manusia.
Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA) semalam mengadakan webinar bertajuk “Melihat Penodaan Al-Quran dari Pandangan Hak Asasi Manusia Antarabangsa”.
Panel lain terbabit dalam webinar itu ialah pakar Iran dalam hal ehwal antarabangsa, Mohsen Ghanei dan penganalisis Bahrain, Khalil Hassan yang berpangkalan di Sweden dan wakil Majlis Tertinggi Syiah Islam Lubnan di Sweden, Sheikh Yusuf Qarut.
Baqer menyifatkan penodaan al-Quran di Sweden dan Denmark baru-baru ini sebagai jenayah yang mengerikan terhadap kitab ilahi.
Katanya, Sweden mewajarkan membenarkan tindakan mencemarkan nama baik dengan mengatakan ia berada dalam kerangka kebebasan bersuara, sedangkan justifikasi ini hanya membenarkan pelampau menyebarkan Islamofobia dan hasutan mazhab.
Tiada undang-undang antarabangsa, termasuk yang berkaitan dengan hak asasi manusia, membenarkan jenayah ini berlaku, kata aktivis Bahrain itu dipetik portal IQNA.
Baqer berkata tindakan seperti membakar al-Quran menjejaskan kestabilan masyarakat, oleh itu, kumpulan hak asasi manusia dan badan antarabangsa serta negara Islam, mesti mengambil pendirian menentang.
Mereka harus mendesak untuk mendapatkan dokumen di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melarang mencemarkan kesucian Islam, katanya.
Terdapat pelbagai cara untuk menghadapi tindakan penodaan itu seperti mengutuk mereka, memboikot negara yang membenarkannya berlaku dan mengadakan bantahan secara aman, kata aktivis itu.
Katanya, cadangan lain adalah untuk membentuk satu pakatan institusi masyarakat sivil di negara Islam dan bukan Islam yang akan berusaha untuk menghadapi Islamofobia dan mencemarkan kesucian Islam.
Sumber: IQNA