Connect with us

Antarabangsa

Aktivis LGBTQ dan personaliti TV Jepun disyaki mati bunuh diri

Seorang aktivis LGBTQ, model dan personaliti TV Jepun ditemui tidak bernyawa oleh pengurusnya di pejabat agensi mereka di Shibuya, petang Rabu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Aktivis LGBTQ dan personaliti TV Jepun disyaki mati bunuh diri
Foto: Seorang aktivis LGBTQ, model dan personaliti TV Jepun, Ryuji Higa yang disyaki mati membunuh diri.
  • Seorang aktivis LGBTQ, model dan personaliti TV Jepun ditemui tidak bernyawa oleh pengurusnya di pejabat agensi mereka di Shibuya, petang Rabu lalu.
  • Ryuji Higa, 27, yang dikenali dengan nama Ryuchell, disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dia ditemui.
  • Saluran media Jepun melaporkan punca kematiannya berkemungkinan besar disebabkan bunuh diri.
  • Ryuji terkenal sebagai penggerak utama gaya fesyen ala wanita yang diperagakan lelaki dengan nama ‘genderless-kei’ yang mendakwa memperagakan ‘gaya fesyen tanpa jantina’.
  • Ryuji sangat terkenal sebagai pendokong isu LGBTQ di Jepun dan merupakan antara mereka yang lantang menyentuh isu itu di khalayak ramai.

Seorang aktivis LGBTQ, model dan personaliti TV Jepun ditemui tidak bernyawa oleh pengurusnya di pejabat agensi mereka di Shibuya, petang Rabu lalu.

Ryuji Higa, 27, yang dikenali dengan nama Ryuchell, disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dia ditemui.

Saluran media Jepun melaporkan punca kematiannya berkemungkinan besar disebabkan bunuh diri.

The Japan Times melaporkan Ryuji terkenal sebagai penggerak utama gaya fesyen ala wanita yang diperagakan lelaki dengan nama ‘genderless-kei’ yang mendakwa memperagakan ‘gaya fesyen tanpa jantina’.

Pada 2016, Ryuji berkahwin dengan personaliti TV dan model Harajuku yang terkenal iaitu Peco, dan selama mereka hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun 2018.

Hubungan Ryuji dan Peco bagaimanapun berakhir pada tahun 2022 apabila perpisahan mereka diumumkan di Instagram, dengan hasrat untuk memulakan “satu keluarga berbeza”, kesan dari penerokaan diri dan jantina dilalui Ryuji.

Ryuji sangat terkenal sebagai pendokong isu LGBTQ di Jepun dan merupakan antara mereka yang lantang menyentuh isu itu di khalayak ramai.

Ryuji juga merupakan peserta aktif Tokyo Rainbow Pride, salah satu acara LGBTQ terbesar di Asia.

Sumber: The Japan Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *