Connect with us

Antarabangsa

Kekurangan jaringan keselamatan punca eksploitasi buruh – ILO

Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik asing menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura, menurut laporan baru oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kekurangan jaringan keselamatan punca eksploitasi buruh – ILO
Foto: Mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan dalam operasi di sebuah kilang besi di sekitar Puchong, Selangor.
  • Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik asing menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura, menurut laporan baru oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
  • Laporan itu yang berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 1,201 pekerja domestik asing antara Julai dan September 2022 di Malaysia, Singapura, dan Thailand, menyatakan bahawa tempoh kerja yang panjang dan upah rendah adalah sesuatu yang lazim bagi pekerja domestik asing di semua negara yang ditinjau.
  • Ia terkandung dalam laporan berjudul ‘Mahir untuk dipedulikan; dipaksa bekerja? Mengiktiraf profil kemahiran pekerja domestik asing ASEAN di tengah buruh paksa dan eksploitasi’ (Skilled to care; forced to work? Recognizing the skills profiles of migrant domestic workers in ASEAN amid forced labour and exploitation’).
  • Menurut laporan itu, terdapat 29 peratus pekerja domestik asing di Malaysia yang berada di bawah definisi statistik ILO mengenai buruh paksa, begitu juga dengan tujuh peratus pekerja yang ditinjau di Singapura dan empat peratus di Thailand.
  • Antara lain, pekerja yang tidak rela termasuk mahu berhenti daripada pekerjaan mereka, terpaksa tinggal dalam pekerjaan lebih lama daripada yang sepatutnya, dan dipaksa bekerja tanpa bayaran lebih masa.

BANGKOK: Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik asing menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura, menurut laporan baru oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Laporan itu yang berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 1,201 pekerja domestik asing antara Julai dan September 2022 di Malaysia, Singapura, dan Thailand, menyatakan bahawa tempoh kerja yang panjang dan upah rendah adalah sesuatu yang lazim bagi pekerja domestik asing di semua negara yang ditinjau.

Ia terkandung dalam laporan berjudul ‘Mahir untuk dipedulikan; dipaksa bekerja? Mengiktiraf profil kemahiran pekerja domestik asing ASEAN di tengah buruh paksa dan eksploitasi’ (Skilled to care; forced to work? Recognizing the skills profiles of migrant domestic workers in ASEAN amid forced labour and exploitation’).

Menurut laporan itu, terdapat 29 peratus pekerja domestik asing di Malaysia yang berada di bawah definisi statistik ILO mengenai buruh paksa, begitu juga dengan tujuh peratus pekerja yang ditinjau di Singapura dan empat peratus di Thailand.

Antara lain, pekerja yang tidak rela termasuk mahu berhenti daripada pekerjaan mereka, terpaksa tinggal dalam pekerjaan lebih lama daripada yang sepatutnya, dan dipaksa bekerja tanpa bayaran lebih masa.

“Di ketiga-tiga negara, secara purata pekerja domestik yang ditinjau bekerja tempoh waktu kerja melebihi tempoh yang ditetapkan bagi pekerja lain.

“Apabila disesuaikan dengan standard tempoh kerja antarabangsa, tidak ada responden dalam penelitian ini yang mendapat upah minimum,” katanya.

Sementara itu, Anna Engblom, Penasihat Teknik Utama program ILO TRIANGLE in ASEAN yang menghasilkan kajian itu menyatakan bahawa hal itu tidak dapat diterima lagi.

Laporan itu juga menunjukkan penyertaan terhad pekerja domestik asing dalam skim jaminan sosial, satu keadaan yang akan meningkatkan lagi pemencilan pekerja dan kerentanan mereka terhadap amalan buruh paksa.

Laporan itu menyatakan bahawa beberapa negara turut membataskan peluang pekerja domestik untuk membentuk atau menyertai kesatuan sekerja atau melakukan perjanjian bersama.

Tinjauan itu mengesyorkan pihak berkenaan mengiktiraf dan melaksanakan Konvensyen ILO mengenai Pekerja Domestik, 2011 (No. 189), Konvensyen Buruh Paksa, 1929 (No. 29), dan Protokol 2014 untuk Konvensyen Buruh Paksa, 1930.

Ia bertujuan memastikan pekerja domestik menikmati hak yang setara dengan pekerja lain, mahupun secara undang-undang atau dalam praktik.

Laporan itu dihasilkan oleh ILO sebagai sebahagian daripada program TRIANGLE in ASEAN, yang dibiayai oleh Jabatan Urusan Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT) dan Global Affairs Canada (GAC).

Pada masa sama, Amerika Syarikat (AS) turut mengecam peningkatan pemerdagangan manusia dan amalan buruh paksa terutama membabitkan kanak-kanak dan remaja lelaki.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, ketika membentangkan lapoan mengenai ‘trend membimbangkan’ pemerdagangan manusia, terutama peningkatan mendadak akibat pandemik COVID-19.

“Peratusan kanak-kanak lelaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia meningkat lima kali ganda antara 2004 dan 2020, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan, wanita atau lelaki.

“Sejak bertahun-tahun, wujud persepsi salah bahawa wanita paling ramai menjadi mangsa pemerdagangan manusia, akibatnya tidak banyak sokongan disediakan bagi mangsa lelaki terutama kanak-kanak,” katanya.

Tambah beliau, sebahagian besar pemerdagangan manusia ketika pandemik dilakukan menerusi penipuan dalam talian dengan menjanjikan peluang kerja bergaji lumayan.

Dalam laporan tahun Jabatan Negara AS mengenai 188 negara itu menjelaskan bagaimana sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, Malaysia, Ghana dan Turkiye menipu orang ramai dengan tawaran kerja palsu dalam talian.

Washington juga menyenaraikan Afghanistan, China, Cuba, Eritrea, North Korea, Iran, Russia, Sudan Selatan, Syria dan Turkmenistan sebagai antara negara yang paling banyak terbabit dalam pemerdagangan manusia.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *