Antarabangsa
Lebih ramai warga AS bantah transgender bertanding sukan tidak ikut jantina asal – Tinjauan
Lebih ramai warga Amerika Syarikat (AS) membantah transgender menyertai pertandingan sukan tidak mengikut jantina asal, demikian menurut satu tinjauan.
- 69 peratus warga Amerika Syarikat (AS) bersetuju atlet transgender sepatutnya bertanding dalam kategori mengikut jantina kelahiran mereka.
- 55 peratus warga AS bersetuju perbuatan menukar jantina adalah tidak bermoral.
- Jumlah itu mencatat peningkatan berbanding tinjauan sama pada 2021.
- Tinjauan Gallup itu dilakukan terhadap kira-kira seribu individu dewasa sebagai responden melalui panggilan telefon.
- 22 negeri di AS menggubal rang undang-undang yang menyekat atlet transgender daripada bersaing dalam kategori jantina pilihan mereka dan 20 negeri menggubal langkah menyekat penjagaan kesihatan berkaitan pengubahan jantina.
Lebih ramai warga Amerika Syarikat (AS) membantah transgender menyertai pertandingan sukan tidak mengikut jantina asal, demikian menurut satu tinjauan.
Memetik laporan NBC News, tinjauan Gallup pada bulan lalu terhadap kira-kira seribu individu dewasa menerusi panggilan telefon itu mendapati 69 peratus daripada mereka bersetuju atlet transgender sepatutnya bertanding dalam kategori mengikut jantina kelahiran mereka.
Jumlah itu meningkat berbanding hanya 62 peratus bersetuju terhadap perkara sama dalam tinjauan pada 2021.
Selain itu, jumlah mereka bersetuju perbuatan menukar jantina adalah salah dari segi moral turut meningkat kepada 55 peratus berbanding 51 peratus pada 2021.
Sejak beberapa tahun, 22 negeri di AS menggubal rang undang-undang yang menyekat atlet transgender daripada bersaing dalam kategori jantina pilihan mereka dan 20 negeri menggubal langkah menyekat penjagaan kesihatan berkaitan pengubahan jantina.
Penyokong perundangan itu berhujah yang penglibatan atlet transgender dalam kategori sukan tidak sesuai jantina asal mereka adalah tidak adil, mengambil kira faktor perbezaan kudrat biologi lelaki dan wanita.
Ia juga bertujuan melindungi kanak-kanak daripada membuat keputusan mengubah jantina, suatu keputusan kekal yang mungkin akan dikesali kelak.
Bagaimanapun, pengkritik menganggap langkah itu diskriminasi dan menimbulkan risiko terhadap kadar keinginan membunuh diri dalam kalangan golongan transgender muda.
Sumber: NBC News