Connect with us

Antarabangsa

Vaksin pertama dunia penyakit demam babi Afrika hampir diluluskan di Vietnam

Vaksin terhadap penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang sedang diuji di Vietnam kini di peringkat hampir mendapat kelulusan, kata pegawai veterinar global dan Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Vaksin pertama dunia penyakit demam babi Afrika hampir diluluskan di Vietnam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Vaksin penyakit Demam Babi Afrika (ASF) sedang diuji di Vietnam kini di peringkat hampir mendapat kelulusan, kata pegawai veterinar global dan Amerika Syarikat (AS).
  • Ia sekali gus bakal menjadi kejayaan besar menangani penyakit haiwan mati yang kerap memusnahkan ladang ternakan babi di seluruh dunia.
  • Dalam wabak terburuk sekitar tahun 2018 dan 2019, kira-kira separuh daripada populasi babi domestik mati di China pengeluar terbesar dunia, mengakibatkan kerugian dianggarkan lebih AS$100 bilion (RM460.6 bilion).
  • Selepas beberapa dekad percubaan gagal akibat kerumitan virus, dua vaksin  dibangunkan bersama oleh saintis AS diuji dalam skim perintis besar oleh syarikat Vietnam menunjukkan hasil ‘sangat menjanjikan’.

HANOI: Vaksin terhadap penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang sedang diuji di Vietnam kini di peringkat hampir mendapat kelulusan, kata pegawai veterinar global dan Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus bakal menjadi kejayaan besar bagi menangani penyakit haiwan mati yang kerap memusnahkan ladang ternakan babi di seluruh dunia.

Wabak ASF selama bertahun-tahun mengganggu pasaran daging babi global sebanyak AS$250 bilion (RM1.151 bilion).

Dalam wabak terburuk sekitar tahun 2018 dan 2019, kira-kira separuh daripada populasi babi domestik mati di China yang juga pengeluar terbesar dunia, mengakibatkan kerugian dianggarkan lebih AS$100 bilion (RM460.6 bilion).

Selepas beberapa dekad percubaan gagal akibat kerumitan virus, dua vaksin yang dibangunkan bersama oleh saintis AS yang diuji dalam skim perintis besar oleh syarikat Vietnam menunjukkan hasil ‘sangat menjanjikan’, kata Ketua Jabatan Sains di Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (WOAH), Gregorio Torres kepada Reuters dalam temubual telefon.

“Kami tidak pernah begitu hampir untuk mendapatkan vaksin yang mungkin berkesan,” katanya sambil menyatakan suntikan dua dos itu mungkin peluang tertinggi untuk berjaya dan dibenarkan dijual di seluruh dunia.

Kedua-dua vaksin yang sudah mendapat kelulusan di Vietnam untuk kegunaan komersial perintis kini sudah selesai.

Langkah seterusnya adalah kebenaran di seluruh negara yang pertama untuk vaksin ASF dan kemungkinan penjualan di luar negara.

Setiausaha Pertanian AS, Thomas Vilsack, berkata pihaknya mungkin berminat untuk membeli vaksin sebagai langkah berjaga-jaga walaupun negara itu setakat ini bebas daripada virus terbabit.

“Terdapat minat khusus yang jelas,” katanya dalam temu bual dengan Reuters pada April lalu ketika bercakap mengenai kemungkinan pembelian vaksin Vietnam.

Vaksin terbabit sudah diuji di Vietnam, negara yang mengalami ancaman berterusan ASF membuatkannya tidak dapat dibangunkan di AS berikutan virus itu tiada di sana.

Sejak 2021, ASF yang tidak membawa maut kepada manusia dilaporkan di hampir 50 negara dan menyebabkan kira-kira 1.3 juta kematian babi, kata WOAH dalam laporan biasa minggu lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *