Connect with us

Terkini

Pemilik Crackhouse Comedy sekali lagi gagal batal tuduhan jenayah siber

Usaha pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal van Geyzel membatalkan tiga pertuduhan jenayah siber berkaitan dakwaan memuat naik kandungan didakwa menyinggung di media sosial ditolak sekali lagi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemilik Crackhouse Comedy sekali lagi gagal batal tuduhan jenayah siber
Foto: Pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal van Geyzel.
  • Usaha pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal van Geyzel membatalkan tiga pertuduhan jenayah siber berkaitan dakwaan memuat naik kandungan didakwa menyinggung di media sosial ditolak sekali lagi.
  • Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aslinda Che Seman memaklumkan mahkamah bahawa representasi kedua Rizal untuk semakan pertuduhan ditolak Jabatan Peguam Negara pada hari ini. 
  • Rizal didakwa memuat naik video di tiga platform media sosial berbeza antara 4 hingga 6 Julai tahun lalu yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan kaum. 
  • Dia juga didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

KUALA LUMPUR: Usaha pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal van Geyzel membatalkan tiga pertuduhan jenayah siber berkaitan dakwaan memuat naik kandungan didakwa menyinggung di media sosial ditolak sekali lagi.

Ketika pengurusan kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aslinda Che Seman memaklumkan mahkamah, representasi kedua Rizal untuk semakan pertuduhan ditolak Jabatan Peguam Negara.

Representasi pertamanya kepada Jabatan Peguam Negara ditolak 12 Dis lalu.

Peguam M Pravin berkata, beliau akan mendapatkan arahan Rizal mengenai tindakan seterusnya.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes berikut pada 13 Jun ini.

Rizal didakwa memuat naik video di tiga platform media sosial berbeza antara 4 hingga 6 Julai tahun lalu yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan kaum. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *