Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan China tutup Pusat LGBT di Beijing

Kumpulan advokasi yang juga berfungsi sebagai ruang selamat untuk komuniti LGBTQ di Beijing, China, menjadi organisasi terbaharu ditutup kerajaan pemimpin Presiden Xi Jinping.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan China tutup Pusat LGBT di Beijing
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan advokasi yang juga berfungsi sebagai ruang selamat untuk komuniti LGBTQ di Beijing, China, menjadi organisasi terbaharu ditutup kerajaan pemimpin Presiden Xi Jinping.
  • “Kami amat kesal mengumumkan, disebabkan kuasa di luar kawalan kami, Pusat LGBT Beijing akan berhenti beroperasi hari ini,” lapor satu notis disiarkan pada akaun WeChat rasmi pusat itu pada Isnin.
  • Penutupan pusat kelompok songsang itu memberikan tamparan kritikal bagi kumpulan advokasi yang pernah mendedahkan tentang kerja mereka untuk hak LGBTQ+ kepada umum.

Kumpulan advokasi yang juga berfungsi sebagai ruang selamat untuk komuniti LGBTQ di Beijing, China, menjadi organisasi terbaharu ditutup kerajaan pemimpin Presiden Xi Jinping.

“Kami amat kesal mengumumkan, disebabkan kuasa di luar kawalan kami, Pusat LGBT Beijing akan berhenti beroperasi hari ini,” lapor satu notis disiarkan pada akaun WeChat rasmi pusat itu pada Isnin.

Menurut laporan agensi berita AP, Pusat LGBT Beijing tidak menjawab permintaan e-mel untuk memberi komen berkenaan penutupan itu.

Kementerian Hal Ehwal Awam, yang menyelia badan bukan berasaskan keuntungan di China, juga tidak membalas permintaan agensi berita itu untuk komen berhubung isu terbabit.

Penutupan pusat kelompok songsang itu memberikan tamparan kritikal bagi kumpulan advokasi yang pernah mendedahkan tentang kerja mereka untuk hak LGBTQ+ kepada umum.

“Mereka bukanlah kumpulan pertama, dan juga bukan yang terbesar, tetapi kerana Pusat LGBT Beijing berada di Beijing, ia mewakili pergerakan LGBT China.

“Di pusat politik, ekonomi dan budaya kita, untuk mempunyai organisasi jenis ini. Ia adalah simbol kehadiran pergerakan LGBT,” kata seorang aktivis China yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sumber: AP News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *