Terkini
Perhimpunan aman jika DBKL tidak bertindak segera aduan peniaga asing tidak berlesen – PHMM
Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM), Mustafa Khan bercadang untuk membuat satu perhimpunan aman jika aduannya berkenaan lambakan peniaga warga asing tanpa lesen sebelum ini tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun sudah berkali-kali mengikut prosedur.

- Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM), Mustafa Khan bercadang untuk membuat satu perhimpunan aman jika tiada sebarang maklum balas dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap aduannya sebelum ini.
- Terdahulu, Mustafa membuat satu hantaran video di Tiktok menggesa DBKL mengambil tindakan ke atas kedai-kedai warga asing tanpa lesen di sekitar pasar raya AJ Best.
- “Kita akan buat satu perhimpunan aman di hadapan DBKL dengan mengambil permit, dan kita akan minta mereka semua (peniaga asing) menunjukkan bukti yang mereka mempunyai lesen perniagaan,” – Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM), Mustafa Khan.
Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM), Mustafa Khan bercadang untuk membuat satu perhimpunan aman jika aduannya berkenaan lambakan peniaga warga asing tanpa lesen sebelum ini tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun sudah berkali-kali mengikut prosedur.
“Kita akan buat satu perhimpunan aman di hadapan DBKL dengan mengambil permit, dan kita akan minta mereka semua (peniaga asing) menunjukkan bukti yang mereka mempunyai lesen perniagaan. Jika tidak, kita akan minta DBKL untuk bersihkan tempat tersebut,” katanya menerusi satu hantaran video di Tiktok.
Jelasnya, pihaknya bukanlah berniat jahat untuk menghalang mana-mana individu berniaga.
Dia hanya mahu peniaga mengikut piawaian yang sepatutnya dan tidak mengganggu peniaga lain yang patuh pada piawaian.
“Kita minta kalau kamu ada lesen, berniaga. Kalau tiada, keluar. Jangan kacau tempat orang lain.
“Owner (AJ Best) tu orang Malaysia, dia bayar ratus ribu untuk untuk sewa. Kamu (peniaga asing) pula duduk sini halang orang nak masuk. Bagaimana kamu rasa jika orang lain datang rumah kamu dan duduk depan rumah kamu macam tu?”
Dalam pada itu, satu klip video lain menunjukkan individu memakai vest kuning Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) menerjah masuk pasar raya AJ Best di ibu negara dan menghalau pekerja warga asing di premis itu.
Mengulas tindakan tersebut, Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM), Mustafa Khan berkata perbuatan itu tidak selari dengan gesaannya kepada pihak DBKL sebelum ini.
“Yang pekerja dalam AJ Best kalau dia orang warga asing, tiada masalah. Dia orang bukan owner of the AJ Best, dia orang pekerja yang ada permit. Yang (peniaga) dekat luar itu tiada permit,” katanya.
Terdahulu, Mustafa membuat satu hantaran video di Tiktok menggesa DBKL mengambil tindakan ke atas kedai-kedai warga asing tanpa lesen di sekitar pasar raya AJ Best.
Katanya, AJ Best telah beberapa kali membuat laporan ke atas kedai-kedai terbabit, namun masih tiada sebarang tindakan diambil pihak DBKL.
Sumber: Tiktok Mustafa Khan
