Connect with us

Antarabangsa

Politik Indonesia tidak mesra wanita

Pakar undang-undang Perlembagaan, Bivitri Susanti berpendapat sistem politik Indonesia setakat ini tidak mesra wanita termasuk di peringkat Presiden.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Politik Indonesia tidak mesra wanita
Foto: Pakar undang-undang Perlembagaan, Bivitri Susanti.
  • Pakar undang-undang Perlembagaan, Bivitri Susanti berpendapat sistem politik Indonesia setakat ini tidak mesra wanita termasuk di peringkat Presiden.
  • Bivitri berkata, adalah sukar bagi wanita yang bukan sebahagian daripada golongan elit untuk memasuki lingkungan politik di negara itu.
  • “Tidak ramai wanita yang menonjol kecuali mereka adalah sebahagian daripada elit politik dan sebagainya, itu kerana sistem politik kita tidak mesra wanita.”
  • “Jadi, kalau ada nama yang masuk, yang dianggap ada asas sokongan ramai contohnya Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa, dirasakan Jawa Timur itu boleh dipegang, tapi sebenarnya tidak ada yang substantif,” katanya pada acara diskusi INFID di Jakarta kelmarin.

JAKARTA: Pakar undang-undang Perlembagaan, Bivitri Susanti berpendapat sistem politik Indonesia setakat ini tidak mesra wanita termasuk di peringkat Presiden.

Bivitri berkata, adalah sukar bagi wanita yang bukan sebahagian daripada golongan elit untuk memasuki lingkungan politik di negara itu.

“Tidak ramai wanita yang menonjol kecuali mereka adalah sebahagian daripada elit politik dan sebagainya, itu kerana sistem politik kita tidak mesra wanita,” kata Bivitri pada acara diskusi INFID di Jakarta kelmarin.

Beliau juga menganggap menjelang pertandingan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024, tokoh wanita juga jarang menjadi perbualan umum.

Jika tokoh wanita muncul, dia hanya dianggap sebagai peraih suara semata-mata.

“Jadi, kalau ada nama yang masuk, yang dianggap ada asas sokongan ramai contohnya Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa, dirasakan Jawa Timur itu boleh dipegang, tapi sebenarnya tidak ada yang substantif,” katanya.

Bivitri menegaskan bahawa stigma terhadap wanita dalam politik perlu diubah terutamanya kerja rumah yang sering dikaitkan dengan kaum hawa dan bukannya pembangunan masyarakat.

“Sebaliknya, lelaki tidak pernah ditanya soalan itu. Hal ini menyebabkan persekitaran politik Indonesia tidak selesa untuk wanita. Sebagai contoh, memasak sering dikaitkan dengan wanita walaupun ia kemahiran hidup. 

“Jadi ketika masyarakat umum melihat calon legislatif atau Presiden, mereka seharusnya tidak bertanya wanita itu membeli beg mahal atau tidak mampu menjaga anak,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *