Antarabangsa
Ketua bomba di UK haramkan istilah ‘fireman’ yang dianggap seksis
Seorang ketua bomba di United Kingdom (UK) dikritik kerana mengharamkan penggunaan istilah ‘fireman’ dan ‘firemen’, demikian lapor New York Post.
- Ketua Pegawai Bomba Greater Manchester, Dave Russel menyifatkan penggunaan fireman dan firemen adalah seksis dan merosakkan budaya masyarakat di UK.
- Dia berpendapat wanita sudah berkhidmat dalam bomba sejak berdekad, maka istilah yang lebih sesuai ialah firefighter.
- “Ini perlu dihentikan dan istilah itu dipadamkan secara kekal daripada perbendaharaan kata kami.” – Ketua Pegawai Bomba Greater Manchester, Dave Russel.
- Ahli politik tempatan, Andy Morgan menganggap peraturan baharu itu tidak masuk akal.
Seorang ketua bomba di United Kingdom (UK) dikritik kerana mengharamkan penggunaan istilah ‘fireman’ dan ‘firemen’, demikian lapor New York Post.
Ketua Pegawai Bomba Greater Manchester, Dave Russel menyifatkan penggunaan istilah yang mengandungi perkataan ‘man’ atau ‘men’ (maksud: lelaki) itu adalah seksis dan merosakkan budaya.
“Kami menggajikan firefighters (bomba), bukan firemen (bomba), dan tidakkah ia berlaku selama dekad, jadi mengapa menggunakan istilah itu?” tulisnya dalam sebuah e-mel yang diperoleh media tempatan.
“Ini perlu dihentikan dan istilah itu dipadamkan secara kekal daripada perbendaharaan kata kami”.
Bagaimanapun ahli politik tempatan, Andy Morgan menyelar tindakan itu dan menyifatkan ia adalah peraturan ‘mengarut’.
“Dia berkata ‘Saya tidak akan bertolak ansur dengan istilah fireman‘. Betapa remehnya hal itu?” Andy mempersoalkan.
“Ini adalah wokeism yang semakin menggila,” katanya.
Wokeism bermaksud tingkah laku dan sikap sensitif terhadap ketidakadilan sosial dan politik.
“Saya bersetuju istilah firefighter adalah lebih baik sekarang tetapi untuk mengharamkan istilah fireman dan mencadangkan tindakan tatatertib bagi sesiapa yang mengatakannya kerana kebiasaan, tanpa sebarang niat jahat, adalah tidak wajar sama sekali,” katanya.
Sumber: New York Post