Connect with us

Antarabangsa

Masyarakat Islam di Amerika Syarikat dipinggir dalam media dan pawagam – Kajian

Masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dipinggirkan dalam media dan pawagam, demikian pendedahan badan pemikir terkemuka AS, USC Annenberg Inclusion Initiative.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masyarakat Islam di Amerika Syarikat dipinggir dalam media dan pawagam - Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dipinggirkan dalam media dan pawagam, demikian pendedahan badan pemikir terkemuka AS, USC Annenberg Inclusion Initiative.
  • Masyarakat Islam membentuk 25 peratus daripada populasi dunia tetapi kewujudan mereka sebagai watak dalam siri TV popular tidak melebihi 1.1 peratus.
  • Kajian itu mendapati imej individu Muslim sering dikaitkan dengan keganasan.
  • Stereotaip disengajakan dibina membuatkan orang ramai menganggap ‘tudung adalah simbol penindasan’ dan “perasaan pembebasan wanita Islam adalah apabila mereka menanggalkan tudung”.

CHENNAI – Masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dipinggirkan dalam media dan pawagam, demikian pendedahan badan pemikir terkemuka AS, USC Annenberg Inclusion Initiative.

Annenberg Inclusion Initiative menyediakan penyelesaian berasaskan penyelidikan yang disasarkan untuk menangani ketidaksamaan dengan menjalankan penyelidikan dan projek tajaan yang mengkaji kepelbagaian, termasuk dalam industri media dan hiburan.

Badan pemikir itu mendedahkan umat Islam membentuk 25 peratus daripada populasi dunia tetapi kewujudan mereka sebagai watak dalam siri TV popular tidak melebihi 1.1 peratus, lapor Ummid.com.

Kajian itu juga mendapati imej individu Muslim sering dikaitkan dengan keganasan.

Kajian itu berkata lebih 30 peratus daripada 98 personaliti Muslim yang dinilai terdedah kepada pelaku keganasan, manakala hampir 40 peratus menjadi sasaran serangan ganas.

Terdapat dua petunjuk penting tentang gambaran individu Islam dalam budaya popular iaitu lelaki Islam digambarkan dalam keadaan tidak baik dan gambaran wanita Islam bertudung.

Stereotaip disengajakan dibina membuatkan orang ramai menganggap ‘tudung adalah simbol penindasan’ dan “perasaan pembebasan bagi wanita Islam adalah apabila mereka menanggalkan tudung”.

Wanita Islam dalam budaya popular itu, kebiasaannya digambarkan sebagai seorang yang taat dan takut kepada lelaki, di mana ia adalah stereotaip yang sengaja dibina untuk mengukuhkan idea wanita Islam berdepan penindasan dari kaum lelaki.

Kajian itu mengatakan tumpuan media sering diletakkan kepada akidah personaliti Muslim ditemu bual, membuatkan masyarakat percaya agama adalah tumpuan kehidupan setiap umat Islam. 

“Stereotaip sebegini punca umat Islam terpencil dan tidak disepadukan sebagai ahli masyarakat Amerika yang produktif,” kata kajian itu.

Sumber: Ummid.com

Author