Connect with us

Antarabangsa

54 maut blok perumahan runtuh, China hukum 62 pegawai terbabit

China mengeluarkan amaran dan menjatuhkan hukuman kepada 62 pegawai selepas blok perumahan di bandar Changsha di wilayah Hunan runtuh hingga mengorbankan 54 orang bulan lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

54 maut blok perumahan runtuh, China hukum 62 pegawai terbabit
Foto: Puluhan orang maut apabila sebuah blok perumahan dibina sendiri runtuh di Changsha, ibu kota wilayah selatan itu pada 29 April lalu.
  • China mengeluarkan menjatuhkan hukuman kepada 62 pegawai selepas blok perumahan di bandar Changsha runtuh hingga mengorbankan 54 orang bulan lalu.
  • Beberapa pegawai kanan bandar raya diberi amaran serius, termasuk Datuk Bandar Changsha, Zheng Jianxin dipecat.
  • Beberapa pegawai juga dipindahkan ke pihak berkuasa kehakiman kerana pelanggaran undang-undang yang serius dan jenayah yang disyaki berkaitan dengan tugas mereka.
  • Dilaporkan, puluhan orang maut apabila sebuah blok perumahan yang ‘dibina sendiri’ runtuh di Changsha, ibu kota wilayah selatan itu, pada 29 April.

BEIJING: China mengeluarkan amaran dan menjatuhkan hukuman kepada 62 pegawai selepas blok perumahan di bandar Changsha di wilayah Hunan runtuh hingga mengorbankan 54 orang bulan lalu.

Menurut agensi berita Xinhua, beberapa pegawai kanan bandar raya diberi amaran serius, termasuk Datuk Bandar Changsha, Zheng Jianxin yang dipecat.

Beberapa pegawai juga dipindahkan ke pihak berkuasa kehakiman kerana pelanggaran undang-undang yang serius dan jenayah yang disyaki berkaitan dengan tugas mereka.

Beberapa bekas pegawai Changsha, termasuk Hu Henghua, yang kini menjadi Datuk Bandar Chongqing dan bekas Datuk Bandar Changsha, turut diberi amaran.

Dilaporkan, puluhan orang maut apabila sebuah blok perumahan yang ‘dibina sendiri’ runtuh di Changsha, ibu kota wilayah selatan itu, pada 29 April, lapor media kerajaan awal bulan ini.

China kemudian menerbitkan laporan penyiasatan mengenai keruntuhan itu, mengatakan ia berpunca daripada pembinaan yang menyalahi undang-undang dan tidak teratur, manakala pegawai tempatan gagal menghalang aktiviti pembangunan dan menghalang risiko tersembunyi, menurut media kerajaan.

Laporan rasmi menyebut 54 orang terbunuh, termasuk 44 pelajar kolej dan sembilan orang cedera, mengakibatkan kerugian ekonomi langsung sebanyak 90.8 juta yuan (RM59 juta).

Sumber: Berita Harian

Author