Connect with us

Terkini

(VIDEO) Majlis lelongan arak diadakan di sekolah rendah Pontian

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar video insiden tersebut.

KUALA LUMPUR — Satu majlis lelongan harga minuman keras dilapor telah diadakan di sebuah dewan sekolah rendah di Pekan Nanas, Pontian pada minggu lalu.

Majlis yang berlangsung itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki bertindak membaling kerusi ke arah pentas kerana tidak berpuas hati dengan harga lelongan minuman keras ditawarkan penganjur.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam dan susulan itu, seramai 18 lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 48 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan menahan suspek-suspek. Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan berkaitan merusuh.

“Siasatan awal mendapati insiden pergaduhan tercetus apabila sekumpulan individu tidak berpuas hati dengan harga arak yang ditawarkan dalam acara lelongan dalam majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan dipetik media Ahad.

Seksyen 148 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala Seksyen 427 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. — The Merdeka Times

Author