Connect with us

Antarabangsa

Hanya 5 lori bantuan kemanusiaan masuk Gaza, PBB: Ini tidak mencukupi!

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Lori PBB yang membawa bantuan kemanusiaan.
  • Israel telah membenarkan lima buah lori PBB yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk makanan bayi, memasuki Semenanjung Gaza selepas 11 minggu sekatan yang berterusan.
  • Ketua kemanusiaan PBB menyambut baik langkah tersebut tetapi menegaskan bahawa ia hanyalah ‘setitis dalam lautan’ berbanding keperluan mendesak kira-kira 2.1 juta penduduk Palestin di wilayah yang dilanda perang itu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata keputusan untuk membenarkan jumlah makanan yang minimum itu masuk dibuat atas tekanan daripada sekutunya di Senat Amerika Syarikat.

GAZA – Israel telah membenarkan lima buah lori Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk makanan bayi, memasuki Semenanjung Gaza selepas 11 minggu sekatan yang berterusan.

Ketua kemanusiaan PBB menyambut baik langkah tersebut tetapi menegaskan bahawa ia hanyalah ‘setitis dalam lautan’ berbanding keperluan mendesak kira-kira 2.1 juta penduduk Palestin di wilayah yang dilanda perang itu.

Pakar antarabangsa turut memberi amaran bahawa kebuluran besar mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata keputusan untuk membenarkan jumlah makanan yang minimum itu masuk dibuat atas tekanan daripada sekutunya di Senat Amerika Syarikat.

“Kita tidak boleh sampai ke tahap berlakunya kebuluran, baik dari sudut praktikal mahupun diplomatik,” katanya dalam satu video sebagai maklum balas terhadap kritikan dalam negara mengenai keputusan tersebut.

Netanyahu menjelaskan bahawa penghantaran makanan itu hanya akan diteruskan sehingga tentera Israel dan syarikat swasta berjaya mewujudkan hab pengagihan bantuan berdasarkan rancangan yang disokong oleh AS yang mana satu rancangan yang ditolak PBB.

Beliau juga mengisytiharkan bahawa tentera Israel akan mengawal semua kawasan di Gaza sebagai sebahagian daripada serangan darat yang diperluas terhadap Hamas yang telah dimulakan pada hari Ahad. -The Merdeka Times

Author