Connect with us

Antarabangsa

Gary Lineker tinggalkan BBC kerana pendirian Pro-Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pengacara terkenal ‘Match of the Day’, Gary Lineker
  • Pengacara terkenal ‘Match of the Day’, Gary Lineker, mengumumkan pengunduran daripada BBC selepas 26 tahun susulan kontroversi berkaitan sokongannya terhadap Palestin.
  • Langkah itu diambil selepas Lineker memuat naik hantaran media sosial yang mengkritik serangan Israel ke atas Gaza dan mendakwa kerajaan UK bersubahat dalam krisis kemanusiaan di wilayah itu.
  • Hantarannya menerima kecaman daripada penyokong pro-Israel yang menuduhnya antisemitik.

 

LONDON – Pengacara terkenal ‘Match of the Day’, Gary Lineker, mengumumkan pengunduran daripada BBC selepas 26 tahun susulan kontroversi berkaitan sokongannya terhadap Palestin.

Langkah itu diambil selepas Lineker memuat naik hantaran media sosial yang mengkritik serangan Israel ke atas Gaza dan mendakwa kerajaan UK bersubahat dalam krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Hantarannya menerima kecaman daripada penyokong pro-Israel yang menuduhnya antisemitik.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Lineker, 64, berkata beliau akan mengacarakan episod terakhir ‘Match of the Day’ pada penghujung musim 2024/25. Keputusan pengunduran itu dibuat secara persetujuan bersama dengan BBC.

Dalam kenyataan, Lineker berkata beliau kesal atas sebarang kesan yang ditimbulkan tetapi menegaskan beliau tidak pernah berniat menyebarkan kandungan bersifat kebencian.

Garis panduan baharu BBC kini menetapkan keperluan neutraliti politik yang ketat untuk personaliti terkenal. Lineker, sebagai penyiar bebas, sering mencabar dasar ini dan menyifatkannya sebagai isu kebebasan bersuara.

BBC dijangka menyerahkan tugas pengacaraan kepada beberapa penyampai lain termasuk Kelly Cates, Mark Chapman dan Gabby Logan.

Lineker merupakan penyampai BBC dengan bayaran tertinggi, menerima £1.35 juta pada 2023/24. -The Merdeka Times

Author