Connect with us

Terkini

Minuman beralkohol tiada sebarang manfaat, Peguam minta diharamkan sepenuhnya

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Dr Shamsher Singh Thind
  • Seorang peguam berpandangan sudah tiba masanya untuk mengharamkan secara total minuman beralkohol atau sekurang-kurangnya menggubal undang-undang menjenayahkan pengambilan alkohol oleh generasi baru.
  • Pandangan itu disuarakan Dr Shamsher Singh Thind ketika berkongsi laporan artikel bertajuk, “Eatery brawl over woman causes RM4,000 damage, RM1,000 unpaid bills’ yang antaranya menyatakan satu pergaduhan besar melibatkan dua kumpulan lelaki tercetus di restoran Pelita di Bangsar di sini pada jam 5.40 pagi Jumaat lalu disebabkan seorang wanita, mengakibatkan kerosakan bernilai RM4,000 dan bil makanan yang tidak dibayar RM1,000.
  • Walaupun tidak dinyatakan identiti sebenar dua kumpulan terbabit dan wanita tersebut dalam laporan itu, Shamsher berkata beliau seakan dapat meneka siapa mereka dan mengapa mereka berada di lokasi pada masa berkenaan.
  • “Anda lihat, salah satu punca utama segala kejahatan adalah alkohol, namun ia dibenarkan untuk dijual dan diminum secara terbuka, 24/7.
  • “Sudah tiba masanya untuk melaksanakan larangan sepenuhnya ke atasnya (minuman beralkohol) atau sekurang-kurangnya menggubal undang-undang menjadikan perbuatan minum alkohol sebagai satu jenayah bagi generasi baharu.
  • “(Sehingga hari ini) Saya masih belum melihat satu pun manfaat yang masyarakat peroleh dengan membenarkan orang ramai meminum air kencing syaitan ini!,” katanya.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam berpandangan sudah tiba masanya untuk mengharamkan secara total minuman beralkohol atau sekurang-kurangnya menggubal undang-undang menjenayahkan pengambilan alkohol oleh generasi baru.

Pandangan itu disuarakan Dr Shamsher Singh Thind ketika berkongsi laporan artikel bertajuk, “Eatery brawl over woman causes RM4,000 damage, RM1,000 unpaid bills’ yang antaranya menyatakan satu pergaduhan besar melibatkan dua kumpulan lelaki tercetus di restoran Pelita di Bangsar di sini pada jam 5.40 pagi Jumaat lalu disebabkan seorang wanita, mengakibatkan kerosakan bernilai RM4,000 dan bil makanan yang tidak dibayar RM1,000.

Walaupun tidak dinyatakan identiti sebenar dua kumpulan terbabit dan wanita tersebut dalam laporan itu, Shamsher berkata beliau seakan dapat meneka siapa mereka dan mengapa mereka berada di lokasi pada masa berkenaan.

Beliau mengaitkan insiden itu dengan minuman beralkohol apabila mengatakan salah satu punca utama segala kejahatan adalah alkohol.

“Anda lihat, salah satu punca utama segala kejahatan adalah alkohol, namun ia dibenarkan untuk dijual dan diminum secara terbuka, 24/7.

“Sudah tiba masanya untuk melaksanakan larangan sepenuhnya ke atasnya (minuman beralkohol) atau sekurang-kurangnya menggubal undang-undang menjadikan perbuatan minum alkohol sebagai satu jenayah bagi generasi baharu.

“(Sehingga hari ini) Saya masih belum melihat satu pun manfaat yang masyarakat peroleh dengan membenarkan orang ramai meminum air kencing syaitan ini!,” katanya menerusi hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Shamsher Singh Thind.

Artikel bertajuk, “Eatery brawl over woman causes RM4,000 damage, RM1,000 unpaid bills’ itu turut melaporkan bahawa kira-kira lapan hingga 10 lelaki terlibat dalam pergaduhan tersebut yang berlaku pada jam 5.40 pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pergaduhan itu tercetus selepas seorang wanita daripada salah satu kumpulan diganggu kumpulan lain. — The Merdeka Times

Author