Connect with us

Antarabangsa

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  • WHO pada Rabu mengumumkan bahawa kempen vaksinasi polio besar-besaran akan bermula di Gaza pada Sabtu ini, menyasarkan lebih 591,000 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA).
  • Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di platform X, kempen itu susulan pengesanan virus polio dalam sampel air sisa baru-baru ini, yang menunjukkan ia sedang beredar dalam persekitaran dan boleh mengancam kesihatan kanak-kanak.
  • “Kami mengalu-alukan gencatan senjata yang membolehkan kempen ini dijalankan. Kami terus menggesa gencatan senjata berkekalan yang membawa kepada keamanan jangka panjang,” katanya sambil menegaskan sokongan WHO, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan rakan kerjasama lain.

ISTANBUL — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengumumkan bahawa kempen vaksinasi polio besar-besaran akan bermula di Gaza pada Sabtu ini, menyasarkan lebih 591,000 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini, 22 Februari, dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di platform X.

Menurut beliau, kempen itu susulan pengesanan virus polio dalam sampel air sisa baru-baru ini, yang menunjukkan ia sedang beredar dalam persekitaran dan boleh mengancam kesihatan kanak-kanak.

“Kami mengalu-alukan gencatan senjata yang membolehkan kempen ini dijalankan. Kami terus menggesa gencatan senjata berkekalan yang membawa kepada keamanan jangka panjang,” katanya sambil menegaskan sokongan WHO, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan rakan kerjasama lain.

Polio merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak bawah lima tahun.

WHO dan rakan kerjasamanya terus berusaha mencegah penularan penyakit itu menerusi program vaksinasi di kawasan konflik. — BERNAMA-ANADOLU

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *