Connect with us

Terkini

Sarawak peruntuk RM95 juta bangunkan sekolah Islam antarabangsa pertama

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
  • “Kita ingin melahirkan generasi tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi juga mampu menguasai bidang sains, menjadikan mereka individu yang seimbang.” – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Jelas beliau, ini merupakan inisiatif yang diluluskan kerajaan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin Islam tetapi juga disokong pemimpin bukan Islam.

KOTA SAMARAHAN – Kerajaan Sarawak memperkukuhkan komitmennya terhadap pendidikan Islam dengan meluluskan peruntukan RM95 juta untuk penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan sekolah tersebut adalah untuk memperkasa pembangunan intelektual dalam kalangan belia Islam.

“Ini merupakan inisiatif yang diluluskan kerajaan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin Islam tetapi juga disokong pemimpin bukan Islam.

“Kita ingin melahirkan generasi tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi juga mampu menguasai bidang sains, menjadikan mereka individu yang seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Sarawak ke-64 di Dewan Suarah Kota Samarahan malam tadi.

Malah menurutnya, Kerajaan Sarawak turut menjalankan kajian dan mempelajari konsep yang digunakan di Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menggunakan silibus antarabangsa Cambridge.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi sekolah tersebut dijangka siap pada penghujung 2027.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *