Connect with us

Antarabangsa

Hina Islam di Facebook, Lelaki 85 tahun didakwa di mahkamah

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Seorang lelaki berusia 85 tahun didakwa di mahkamah di Singapura hari ini atas catatan Facebook yang menyinggung berkaitan agama Islam.
  • “Lelaki itu meninggalkan Singapura pada Januari 2022 ketika siasatan polis sedang dijalankan dan hanya pulang ke Singapura pada Oktober 2024,” dedah polis.
  • Dia akan didakwa dengan tuduhan melukakan perasaan kaum lain dengan sengaja. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

SINGAPURA — Seorang lelaki berusia 85 tahun didakwa di mahkamah di Singapura hari ini atas catatan Facebook yang menyinggung berkaitan agama Islam.

Menurut polis, pada 21 April 2021, warga emas tersebut memuat naik semula petikan skrin catatan Facebook yang menyinggung Islam yang ditulis lima tahun sebelum itu.

Polis menerima aduan mengenai catatan itu pada 29 Jun dan 30 Jun 2021.

“Lelaki itu meninggalkan Singapura pada Januari 2022 ketika siasatan polis sedang dijalankan dan hanya pulang ke Singapura pada Oktober 2024,” dedah polis.

Dia akan didakwa dengan tuduhan melukakan perasaan kaum lain dengan sengaja. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Polis menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap tindakan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di Singapura.

“Sesiapa sahaja yang membuat kenyataan atau bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau kumpulan agama yang berbeza di Singapura akan dihukum dengan tegas,” tambah pihak polis. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *