Connect with us

Agama

PPMM tempelak SUHAKAM, Hukum sebat di “khalayak awam” tidak abaikan maruah pesalah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki
  • Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menempelak pandangan SUHAKAM yang mendakwa tindakan Mahkamah Syariah Terengganu yang akan melaksanakan hukuman sebatan di khalayak awam (sebat di luar penjara) kononnya adalah melampaui kuasa diberikan Perlembagaan Persekutuan.
  • Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata ini kerana pandangan itu disandarkan di atas dasar yang tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.
  • Pihaknya percaya kuasa negeri dalam melaksanakan dan menguatkuasakan hukuman bagi kesalahan tersebut adalah tidak pernah mengabaikan maruah pesalah, namun perlu mengambil kira hak bagi negeri di dalam melaksanakan kuasa sedia ada yang diperuntukkan mengikut undang-undang.
  • “Malahan, hak tertuduh juga telah diadili secara maksima melalui proses perundangan syariah yang telah digunakan melalui proses semakan.
  • “PPMM menggesa SUHAKAM memberi sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan syariah untuk menjalankan kuasa seperti yang telah diberikan mengikut Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dalam usaha bersama membentuk masyarakat yang mendaulatkan undang-undang dan taat kepada negara demi memastikan keharmonian yang lebih baik,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR — Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menempelak pandangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mendakwa tindakan Mahkamah Syariah Terengganu yang akan melaksanakan hukuman sebatan di khalayak awam (sebat di luar penjara) kononnya adalah melampaui kuasa diberikan Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata ini kerana pandangan itu disandarkan di atas dasar yang tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

Hisham berkata pihaknya percaya kuasa negeri dalam melaksanakan dan menguatkuasakan hukuman bagi kesalahan tersebut adalah tidak pernah mengabaikan maruah pesalah, namun perlu mengambil kira hak bagi negeri di dalam melaksanakan kuasa sedia ada yang diperuntukkan mengikut undang-undang.

“Malahan, hak tertuduh juga telah diadili secara maksima melalui proses perundangan syariah yang telah digunakan melalui proses semakan.

“PPMM menggesa SUHAKAM memberi sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan syariah untuk menjalankan kuasa seperti yang telah diberikan mengikut Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dalam usaha bersama membentuk masyarakat yang mendaulatkan undang-undang dan taat kepada negara demi memastikan keharmonian yang lebih baik.

“Malah, isu kehormatan dan maruah adalah suatu yang bukan menjadi isu dalam menjalankan hak negeri tersebut disebabkan pelbagai faktor perlu diambil kira dalam memastikan keseimbangan antara hak pesalah individu dengan hak masyarakat yang menjadi maslahat utama,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Malaysiakini pada Khamis lalu melaporkan SUHAKAM mendakwa hukuman sebatan di tempat awam yang dikenakan terhadap seorang tukang rumah di Terengganu melampaui bidang kuasa undang-undang persekutuan, khususnya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

SUHAKAM berkata undang-undang tersebut hanya membenarkan hukuman sebat, bukan sebat di tempat awam.

Bagi mengulas kenyataan itu, The Merdeka Times mendapatkan respon Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mengatakan tidak timbul isu hukuman sebat di luar penjara, yang sering dilaporkan media sebagai “hukuman sebat di khalayak ramai”, membabitkan seorang tukang rumah di Terengganu melangkaui Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 kerana akta itu hanya mengehadkan takat hukuman sahaja.

Malah, Zainul Rijal berkata cara pelaksanaan sebatan di luar penjara turut diperincikan melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara (bagi pesalah syariah) disediakan Jabatan Penjara dan Kementerian Kesihatan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *