Connect with us

Teknologi

Perang guna senjata teknologi tinggi ancam ekosistem dan psikologi manusia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas dan Pengerusi Kolej Muslim Universiti Cambridge, United Kingdom, Shaykh Abdul Hakim Murad
  • Peperangan melibatkan penggunaan senjata berteknologi tinggi kini menjadi ancaman kekal buat ekosistem alam semulajadi serta gangguan psikologi manusia.
  • Menurut Pengasas dan Pengerusi Kolej Muslim Universiti Cambridge, United Kingdom, Shaykh Abdul Hakim Murad, negara seperti Vietnam, Bosnia malah selatan Iraq masih menerima kesan keracunan kekal terhadap ekosistem negara mereka akibat pasca perang puluhan tahun dahulu.
  • “Di Bosnia, masih terdapat 5.5 juta periuk api yang belum meletup dan ia akan terus berada di sana tanpa had masa.“Di selatan Iraq, kadar kanser kanak-kanak adalah tiga kali ganda purata global, mungkin akibat penggunaan peluru uranium terhablur semasa Operasi Enduring Freedom, yang dilaksanakan lebih tiga dekad lalu.“Ini menggambarkan satu jenis keracunan kekal terhadap ekosistem yang disebabkan oleh peperangan teknologi,” tegas beliau sewaktu menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Empowering Through Faith: How Islam Shapes Our Worldview For Sustainability’di bangunan AICB di Kuala Lumpur pagi tadi.

Peperangan melibatkan penggunaan senjata berteknologi tinggi kini menjadi ancaman kekal buat ekosistem alam semulajadi serta gangguan psikologi manusia.

Menurut Pengasas dan Pengerusi Kolej Muslim Universiti Cambridge, United Kingdom, Shaykh Abdul Hakim Murad, negara seperti Vietnam, Bosnia malah selatan Iraq masih menerima kesan keracunan kekal terhadap ekosistem negara mereka akibat pasca perang puluhan tahun dahulu.

Jelas beliau, walaupun sudah 50 tahun berakhirnya konflik perang di Vietnam, sehingga hari ini, dua orang sehari masih cedera akibat periuk api di negara tersebut.

“Di Bosnia, masih terdapat 5.5 juta periuk api yang belum meletup dan ia akan terus berada di sana tanpa had masa.

“Di selatan Iraq, kadar kanser kanak-kanak adalah tiga kali ganda purata global, mungkin akibat penggunaan peluru uranium terhablur semasa Operasi Enduring Freedom, yang dilaksanakan lebih tiga dekad lalu.

“Ini menggambarkan satu jenis keracunan kekal terhadap ekosistem yang disebabkan oleh peperangan teknologi,” tegas beliau sewaktu menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Empowering Through Faith: How Islam Shapes Our Worldview For Sustainability’di bangunan AICB di Kuala Lumpur pagi tadi.

Pengasas dan Pengerusi Kolej Muslim Universiti Cambridge, United Kingdom, Shaykh Abdul Hakim Murad menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Empowering Through Faith: How Islam Shapes Our Worldview For Sustainability’di bangunan AICB di Kuala Lumpur pagi tadi.

Tambah Shaykh Abdul Hakim, perkara yang sama turut berlaku di Gaza malah dijangka lebih buruk apabila kemusnahan lebih besar akibat peningkatan penggunaan senjata berteknologi tinggi seperti dron dan perang psikologi.

Jelasnya, peperangan dunia moden berbeza dengan dahulu. Peperangan hari ini lebih sengit, lebih menakutkan, dan lebih membingungkan, sehingga semua deria manusia terkesan, yang akhirnya menyebabkan trauma pasca-perang.

“Begitu juga dengan kesan psikologi akibat peperangan. Sebagai contoh, 50,000 rakyat Amerika terkorban semasa Perang Vietnam, tetapi dua kali ganda jumlah itu membunuh diri selepas perang tamat.

“Dan kita hanya mengetahui mengenai mereka kerana mereka adalah orang Amerika berkulit putih; kita tidak mendengar tentang rakyat Vietnam yang masih trauma, atau rakyat Iraq, atau Palestin,” jelas Shaykh Abdul Hakim.

Dalam program anjuran Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) itu, Shaykh Abdul Hakim turut menyatakan ketidakseimbangan alam sekitar kini diakibatkan ekosistem dunia yang jelas sedang mengalami kerosakan.

“Ketidakseimbangan alam sekitar kini semakin tidak dapat disangkal, bahkan oleh para saintis dan ahli ekonomi.

“Bukan hanya di Kedah dan negeri-negeri lain di Malaysia seperti Kelantan yang baru-baru ini mengalami banjir besar, tetapi kita juga menyaksikan banjir di England bulan lepas, yang mengakibatkan kehilangan nyawa,” jelasnya.

Justeru bagi menyelesaikan krisis ekosistem ini, Shaykh menggesa agar pemeliharaan alam secara sistematik perlu dilakukan dan tidak sekadar hanya menerusi taman negara.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *